Kepada  sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah  pasti sedikit hairan dengan watak Brian O’Connor yang boleh dihidupkan  kembali dalam filem ini. Paul Walker yang memegang watak sebagai Brian  O’Connor dalam filem Fast & Furious telah meninggal dunia pada akhir  tahun 2013 setelah terlibat dalam satu kemalangan maut.
Kematian Paul  Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious  7 selama setahun. Paul Walker meninggal dunia pada saat filem Fast  & Furious 7 masih dalam penggambaran.
Pihak Universal  tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan  Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer  Generated-Imagery, susuk tubuh Brian O’Connor boleh dihidupkan kembali.
Bagi menjadikan  filem ini “real” dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, pihak WETA  menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast  & Furious 7 ini.
Proses mengklon  watak Paul Walker ini menggunakan beberapa pelakon pengganti. Cody  Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker  digunakan untuk pandangan mata.
Teknologi  canggih ini bukan pertama kalinya digunakan dalam dunia perfileman  Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami hal serupa.  Aktornya Oliver Reed terkena serangan jantung semasa penggambaran dan  secara automatik mereka menggunakan teknik CGI sebagai jalan keluar yang  tepat. Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal. 

 
No comments:
Post a Comment