Sunday, 12 April 2015

Tiduri 15 wanita setiap hari

NEW YORK — Zaman kecil penuh dengan latar belakang keluarga yang berantakan menimbulkan dendam dan sikap agresif pada diri petinju legenda, Michael Gerrard Tyson atau Mike Tyson dan ini termasuk perilaku seksualnya.

Dalam buku autobiografi terbaharunya, Undisputed Truth, Tyson menyebut rasa perit zaman kecil telah menyebabkan dirinya melarikan diri dengan kerap ambil ubat bius, minuman keras dan kenikmatan seks yang akhirnya menimbulkan kebergantungan.

“Ayah saya seorang ‘bapa ayam’. Ibu saya pula seorang wanita yang sedia tidur dengan sesiapa pun demi menyara ekonomi keluarga,” tulis Tyson mengingat kembali hubungan dengan ibunya yang tidak pernah berlandaskan prinsip kepercayaan.

“Ibu saya selalu anggap saya sebagai anak liar yang berkeliaran di jalan sepanjang hari. Setiap kali pulang ke rumah dengan memakai baju baru, dia akan tahu bahawa saya dapat barang itu tidak dengan beli, dan dia pun marah kerana itu,” kata Tyson.

Namun, Tyson mengakui ia juga tidak dapat menerima sikap kejiwaan ibunya: “Hampir setiap kali saya melihat ibu lempar barang-barang jika dia marah kepada kekasihnya tetapi, beberapa saat kemudian, saya lihat dia berbaik semula lagi dengan lelaki itu.”

Tyson mengaku dia mula memiliki tujuan hidup setelah menyaksikan filem mengenai kisah hidup petinju tersohor sepanjang zaman Cassius Clay atau nama Muslimnya, Muhammad Ali dan dari situ, dia sedar bagaimana cara mencapai ketenangan selama ini,

“Muhammad Ali mendidik saya cara memperoleh nilai kebenaran, kekayaan dan apa pun yang diinginkan, melalui dunia tinju,” katanya. Ironi, sayang Tyson tidak memiliki sisi-sisi yang membentuk kebesaran seorang legenda seperti Muhammad Ali.

Berikut 12 fakta perilaku seks songsang Tyson:

1. Tyson berhubungan dengan penasihat ubat

Tyson pernah dipenjara antara April 1992 hingga Mac 1995 kerana kes rogol terhadap peserta ratu cantik, Desiree Washington. Di dalam penjara, dia mudah berhubungan dengan wanita-wanita yang datang melawatnya. Namun, pada masa itu dia juga kerap berhubungan dengan penasihat mengenai masalah kebergantungan ubat. Dia sanggup bayar AS$10,000 yang digunakan penasihat tersebut untuk memperbaiki atap rumah.

2. Tyson tidur dengan 15 wanita setiap hari sebelum jalani tahanan

Pada puncak popularitinya, Tyson menyebutkan, dia dapat dengan mudah meniduri 15 wanita, baik dengan diberi ganjaran wang atau pun secara percuma.

3. Simpan nama wanita pernah seks dengannya hingga awal 1990-an

Bekas pengawal Tyson, Rudy Gonzalez, pada Ogos 1992 pernah menyatakan kepada New York Post bahwa Tyson menyimpan sekitar 1,300 nama wanita yang pernah berhubungan dengannya, lengkap dengan gaya seks mereka di tempat tidur. “Banyak nama yang anda kenal, namun, kebanyakan dari mereka adalah peminat atau groupie,” kata Gonzalez.

4. Tetap seks dengan mantan isterinya hingga terjadi kes Brad Pitt

Tyson bercerai dengan Robin Givens, bekas isterinya pada 1989 setelah berkahwin selama dua tahun. Dalam wawancara dengan wartawan Graham Bensinger pada 2012, Tyson menyebut dia tetap berasmara dengan Givens meskipun dalam proses perceraian. “Setiap hari, sebelum pergi ke mahkamah, saya datang ke rumah Robin dan bersetubuh dengannya. Sampai satu hari, saya dapat tahu bahawa Brad Pitt sudah ada sebelum saya datang. Saya sangat marah dan Brad sangat takut waktu itu.”

5. Buat seks dengan model ternama, Naomi Campbell

Mantan pengurus Tyson, Rory Halloway, dalam bukunya berjudul Taming the Beast: The Untold Story of Mike Tyson, membuka kisah hubungan Tyson dengan aktres dan model ternama, Naomi Campbell. “Saat datang ke pesta, saya mengawasi Mike seperti biasa. Tiba-tiba saya lihat dia telah mendekati seseorang. Terkejut! Itukan Naomi Campbell! Tak lama kemudian Mike masuk ke kamar mandi dan minta saya untuk menjaganya, sampai Naomi menyusul masuk ke dalam,” tulis Halloway.” Saya harus jaga di depan pintu dan mengusir setiap orang yang akan menggunakan bilik mandi itu.”

6. Penjagaan 24 jam di hotel untuk cegah wanita masuk

Rory Halloway juga menyebut bahawa setiap kali menjelang pertarungan, pihak pengurusan menugaskan kawalan keselamatan 24 jam di luar bilik penginapan Tyson untuk mencegah masuknya wanita-wanita yang akan mengganggu tumpuan Tyson menjelang pertarungan.

7. Berasmara dengan memakai tali pinggang juara

Ketika menjadi juara dunia tinju kelas berat besar atau heavy weight pada usia 20 tahun, Tyson berasa dirinya sudah berada di puncak dunia dan saatnya mewujudkan semua impian liarnya pada masa kecil. “Saya merasa tidak ada yang dapat menghalang saya. Saya juara dunia tinju termuda sepanjang sejarah tinju. Saya rasa diri saya seperti Titan, jelmaan semula dari Alexander Agung. Kadang-kadang saya mewujudkan kebanggaan ini dengan cara berasmara dengan seorang gadis sambil mengenakan tali pinggang juara dunia tinju.” tulis Tyson.

8. Dalam penjara pun Tyson dapat layanan seks

Antara April 1992 hingga 1995, Tyson ditahan di Indiana Youth Center, Indianapolis, kerana kes rogol pada Julai 1991. Namun, di tempat ini, dia tetap tidak mampu mengendalikan kebergantungannya kepada seks dan anehnya, dia boleh mendapatkan semuanya dari ramai pelawat wanita. “Masa itu saya mendapatkan hal itu terlalu banyak sehingga saya berasa lebih selesa berada dalam sel penjara daripada pergi ke tempat latihan.”

9. Ditangkap basah buat pesta seks ketika hukuman pemerhatian

Dalam program bual bicara televisyen Jimmy Kimmel Live Talk Show pada November 2013, Tyson menceritakan bagaimana warden hukuman pemerhatian pernah menangkap basah dirinya tengah melakukan pesta seks, lengkap dengan banyak ubat terlarang. “Saat itu, memang buruk sekali, kami guna kokain saat petugas datang,” kata Tyson. “Ha-ha-ha, anda akan lihat saya kehilangan keghairahan dan kemampuan seks saya seketika…”

10. Bercinta dengan wanita usia jauh lebih tua

Tyson mengingatkan dirinya tidak memiliki standard tertentu saat berasmara dengan wanita. Sebab itulah, dia mengaku pernah buat hubung seks dengan siapa pun, termasuk wanita pembersih bilik hotel. Dia pernah berasmara dengan seorang wanita juruwang di sebuah kedai ketika berbelanja di sana. Tyson merayu wanita yang telah berusia lebih 50 tahun tersebut kerana menurutnya, hanya wanita itu yang ada di dekatnya pada waktu itu.

11. Pukul tujuh wanita penghibur di kamar hotelnya

Setelah memutuskan untuk berhenti bertinju pada 2005, Tyson masih kerap mengalami masalah kejiwaan dengan kebiasaan tabiat pada masa lalu. Pada 2009, dia mengaku pernah merasakan ketakutan luar biasa setelah menerima suntikan kokain. Dalam ketakutannya itu, Tyson mengamuk dan memukuli tujuh wanita penghibur yang telah dipanggil di bilik hotelnya. “Itulah saat moral terendah dalam hidup saya. Saya seperti merasakan pukulan knock out oleh diri saya sendiri.”

12. Tyson pernah berasa jenuh pada seks

Tyson mengaku sempat menemui pakar terapi untuk menyembuhkan kebergantungannya kepada seks. Pada pertengahan 1990-an, Tyson mulai menyedari ada kesalahan pada kehidupan seksualnya, terutama bergantungan pada kelompok seks atau melakukan aktiviti seks beramai-ramai. “Pada satu titik,” tulis Tyson. “Apa pun yang saya lakukan dalam hal seks selalu beramai-ramai. Saat itu, saya merasa diri saya ini sebagai sampah, sesuatu yang sangat kotor…” – Agensi/A.AMREE

No comments:

Post a Comment