Monday, 13 April 2015

Awal Ashaari Terdesak Cari Pemandu Peribadi?

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang terlibat dalam kemalangan pada 29 Mac lalu telah mengejutkan pelbagai pihak. Malah gosip ‘Awal Ashaari Terlibat Dengan Kemalangan?‘ hanya pada mulanya menjadi teka teki akhirnya disahkan sendiri oleh isterinya Scha Al-Yahya.
Alhamdulillah, Awal Ashaari tidak mengalami kecederaan yang parah namun hati penulis cukup sebak apabila membaca artikel ini ‘Bagai Mati Hidup Semula – Awal Ashaari‘. Rata-rata mendoakan semoga Awal Ashaari cepat sembut dari trauma. Kini Awal Ashaari mencari pemandu peribadi dalam masa terdekat kerana keadaan kesihatannya yang masih belum stabil.
Perkara tersebut dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya Awal Ashaari tidak memandu kenderaan buat sementara waktu sehinggalah kesihatannya sembuh sepenuhnya.
“Saya mungkin akan mencari pemandu dalam masa terdekat supaya mudah untuk saya bergerak kemana-mana dan tidak menganggu sesiapa terutama isteri saya yang sibuk bekerja.
“Buat masa sekarang doktor menasihatkan saya supaya tidak memandu dan saya masih mencari-cari pemandu yang sesuai bagi membantu saya bergerak membuat rawatan susulan,”
Memang jelas Awal Ashaari tengah terdesak mencari pemandu peribadi sementara bagi memudahkan urusan kerjanya. Malah buat sementara waktu Awal Ashaari sering menggunakan perkhidmatan teksi jika Scha Al-Yahya menjalani pengambaran drama. 
Menurut Awal Ashaari, pemandu yang dicari hanyalah untuk sementara waktu sahaja sehinggalah kesihatannya benar-benar pulih dan juga berharap trauma kemalangan tersebut berkurangan. Buat masa ini juga Awal Ashaari dikatakan berehat seketika dalam aktiviti seni dan mungkin akan menggalas tanggungjawab dalam mengacara program melodi sahaja sehingga kembali sihat sepenuhnya.
Jadi, kepada peminat Awal Ashaari boleh la cuba mengisi jawatan kosong sebagai pemandu sementara kepada Awal Ashaari memandangkan Awal cukup terdesak perlukan pemandu dengan segera. Tak gitu?, semoga kesihatan Awal Ashaari bertambah baik dan boleh kembali aktif dalam aktiviti seni secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment