Tuesday, 14 April 2015

Angkara orang Australia rupanya

Kuala Lumpur: Intipan dilakukan 10 anggota polis bantuan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang sejak tiga hari lalu, membuahkan hasil apabila ‘geng conteng’ yang gemar melukis grafiti di lokasi itu dapat diberkas.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, suspek lelaki warga Australia berusia 27 tahun ditangkap polis selepas didapati sengaja menconteng dinding stesen LRT itu.
Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata, suspek dipercayai ahli kumpulan geng conteng grafiti yang kerap menjadikan stesen LRT sebagai sasaran.
Menurutnya, polis bantuan melakukan intipan siang dan malam untuk memberkas suspek.
“Ketika diberkas, lelaki itu didapati membawa peralatan lengkap untuk melukis grafiti. Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Ampang untuk siasatan lanjut.
“Suspek boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau lebih, atau penalti sebanyak RM3,000 atau kedua-duanya kerana merosakkan harta awam,” katanya.

No comments:

Post a Comment