Tuesday, 14 April 2015

LUAHAN HATI TUNANG GADIS DIBUNUH BEKAS TUNANG DURJANA



KLUANG - Susulan dari kes gadis 'Econsave' maut dibunuh oleh bekas tunangnya di depan pasar raya itu, tunang mangsa tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Mohd Fahmi Muskin, 21, sedih namun terpaksa redha dengan pemergian mangsa, Nursyafikah, 20, yang maut ditikam oleh bekas tunangnya di tempat letak kenderaan, Jumaat lalu.

"Nursyafikah, wanita pertama hadir dalam hidup saya. Tetapi impian kami untuk hidup bersalah telah dimusnahkan oleh pembunuhnya," katanya.

Fahmi terkilan dengan tragedi yang meragut nyawa tunangnya dan amat berharap pembunuhnya ditangkap serta dijatuhkan hukuman segera.

Fahmi, pekerja kilang di Ulu Tiram berasa sedih kerana hasrat untuk memperisterikan Nursyafikah pada September depan tidak tercapai selepas mereka bertunang pada 15 Februari yang lalu.

“Walaupun kami baru bertunang kira-kira sebulan lalu, saya mengenali Nursyafikah sejak enam tahun lalu menyebabkan kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dia wanita pertama hadir dalam hidup saya.

“Lebih menyedihkan mengenangkan beberapa hari sebelum kejadian, dia meminta saya jangan sesekali meninggalkannya serta kerap meminta dimaafkan jika ada yang menyakitkan hati saya sepanjang perkenalan kami,” katanya.

Jelas Fahmi, walaupun sudah tiada ikatan, dia tetap akan terus berhubung dengan keluarga Nursyafikah bagi memberikan sokongan kerana faham dengan keadaan keluarga mangsa yang masih berada dalam keadaan sedih.

Sementara itu, pihak polis masih belum berjaya mengesan suspek semenjak dari hari pertama kejadian. Bagaimanapun, polis akan terus mencarik suspek menggunakan kepakaran yang sedia ada selain dari meminta kerjasama masyarakat setempat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, Nursyafikah, pekerja pasar raya Econsave maut ditikam di bahagian rusuk kirinya dengan pisau pemotong sayur oleh suspek. Sebelum kejadian, dipercayai berlaku perbincangan antara mangsa dengan suspek.

No comments:

Post a Comment