MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob dilapor mengaitkan sumpah yang dibuat oleh Najib sebagai sama tahap dengan keimanan (kepercayaan) kepada Allah.
Sebuah gambar keratan akhbar berhubung perkara itu tersebar dengan meluasnya di laman sosial seperti facebook dan twitter.
Sumpah seseorang bergantung kepada taqwanya kepada Allah, jika seseorang itu tiada taqwa (takut) kepada Allah bila-bila sahaja dia boleh melakukan sumpah palsu meskipun menyebut nama Allah di dalam sumpahnya. Sedangkan nilai taqwa setiap orang hanya Allah yang mengetahuinya.
Tambah lagi, Al-Quran sendiri telah menegas serta menggariskan bahawa suka bersumpah merupakan ciri orang munafik.
Mereka itu (orang-orang munafik) menjadikan sumpah sebagai topeng (perisai), lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan — Surah Al-Munafiqun ayat 2.
"Ini namanya jual agama demi sokongan politik"
No comments:
Post a Comment