Awal April baru-baru ini, Hanis Zalikha telah menjalani pembedahan lasik bagi mengubati matanya yang dikatakan mengalami masalah rabun. Menerusi laman Instagram Hairul dan Hanis menunjukkan aktres tersebut telah selamat menjalani pembedahan.
Rasa gerun pula tengok video Hanis kena lasik ni. Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. Hanis Zalikha pun nampaknya belum pulih sepenuhnya, masih lagi berkaca mata hitam bagi melindungi matanya. Nampaknya, sekarang boleh teruskan fokus bagi persiapan meniti hari yang diimpikan, lebih kurang 54 hari je lagi.
“Ramainya yang tunggu penceritaan pasal pembedahan Lasik mata saya di www.inibelogsaya.blogspot.com ya? Maksudnya apa? Maksudnya ramai betul geng rabun LOLOLOL! Ini video saya kena Lasik beberapa hari lepas diambil oleh siapa lagi. Dia memang suka dokumenkan semua benda sebab dia kata semua perkara kena buat ‘kenangan’. Kenangan sangat pastu nebes nebes kat luar tuh gigil. Tapi dia kelakarlah, memang dia yang akan ingat dan tulis tarikh, tangkap gambar semua momen penting. (Cuba tanya dia tarikh Keknis pakai tudung senafas je dia jawab) Jadi adalah bahan gambar dan video nanti ya tunggu Keknis pulih dan kongsikan di belog! Semua soalan ditanyakan akan jawab nanti sekaligus.”
Alahai sweet betul mereka berdua ni. Tak kisahlah kalau mungkin ada yang tidak suka. Apa yang penting, bagi peminat Hanis Zalikha dan Hairul Azreen teruskan menyokong mereka. Tak salah kalau kita mendoakan yang terbaik bagi mereka berdua, semoga hubungan mereka diredhai dan kekal di jalan Allah.
No comments:
Post a Comment