Tak semua benda masa zaman  bercinta adalah indah, betul kan? Kadang-kadang tu memang tak tahan  sangat dengan perangai pasangan kita, tapi apakan daya, disebabkan  sayang terpaksa juga pejam mata.
Tapi  sebenarnya, adalah lebih baik korang angkat kaki awal-awal daripada  terus hidup dengan seseorang yang mempunyai perangai pelik. Jangan  sampai dah kahwin baru menyesal.
So kalau boyfriend atau girlfriend korang berperangai macam kat bawah ni, #mohonclash. Kuikuikui!
1. Minta Duit Belanja Tiap-Tiap Bulan
Amboi, ni kira  praktis sebelum bakal jadi isteri ke macam mana? Agak-agaklah, kesian  kat boyfriend tu kerja bagai nak rak semata-mata nak bagi duit kat awak.  Baik dia bagi mak dia duit, kan?
Tapi paling tak boleh terima kalau boyfriend yang minta duit dari girlfriend. Ini memang layak ditinggalkan.
2. Bila Bergaduh, Mengadu Pada Mak Korang
Asal tak dapat  cari korang, atau setiap kali bergaduh je mesti si dia akan cari mak  korang. Come on, baik lelaki mahupun perempuan, tolonglah jangan  libatkan ahli keluarga dalam masalah percintaan yang tak seberapa tu.  Buat malu je.
3. Gunakan Social Media Korang Post Benda Sweet Kat Profile Dia
Ini psycho.  Mentang-mentang dia ada password Facebook, Twitter dan segala macam  laman sosial korang, si dia dengan bahagianya gunakan akaun korang dan  post status sweet-nak-mati ke akaun dia sendiri.
So orang akan  nampak macam dia sangat disayangi oleh korang. Biasa berlaku sebab si  dia nak buat ex-girlfriend atau ex-crush korang cemburu.
4. Rajin Sangat Pergi Berhimpun
Kalau korang  ada boyfriend atau girlfriend yang rajin sangat ikut kawan-kawan pergi  berhimpun buat demonstrasi, dah bolehlah lafazkan kata putus.
Bukan apa, bukan ke lagi elok aktif ke masjid dan surau?
5. Tak Sudi Makan Kat Tepi Jalan Atau Warung
Kopaklah duit  kalau setiap kali dating nak pergi makan tempat mahal-mahal je. Bila  kita ajak pergi makan rojak dan cendol, tak mahu sebab takut alahan  katanya. Ada manusia macam ni?
6. Minta Update Apa Kamu Buat Setiap Setengah Jam
Penatnya kalau  dapat pasangan macam ni. Mana kita nak buat kerja, mana kita nak makan,  nak pergi buang air kat tandas pun tak sempat agaknya sebab kena layan  perbualan dia di WhatsApp. Bila lambat reply mesti akan merajuk.
Itu belum lagi  dapat pasangan yang akan call setiap setengah jam sebab nak tahu korang  buat apa. Aiyo, tak boleh bernafas macam ni!
7. Sejenis Keyboard Warrior
Mohon  perhatikan perangai pasangan korang di laman-laman sosial. Biasanya bila  berbalas komen dengan kawan-kawan, dia nampak normal.
Tapi  rupa-rupanya si dia juga sejenis keyboard warrior yang suka membahan dan  mengkritik sesuatu atau seseorang. Setakat lantang di alam maya, tak  macho lah.
8. Pakej Lengkap Kaki Pukul & Panas Baran
Manusia macam ni memang sesuai hidup sendirian. Jangan kawan dengan dia lagi, okay?
9. Suka Ambil MC
Kalau nak tahu  bakal suami boleh bagi korang hidup senang lepas kahwin atau tidak,  tengok kerajinan dia pergi kerja. Kalau dalam sebulan tu ambil Medical  Leave sampai dua-tiga kali, nampak sangat si dia pemalas. Ada  kemungkinan korang yang akan tanggung dia bila dah kahwin nanti.
Tapi kalau si dia memang ada penyakit, mohon bertimbang rasa ya?
10. Asal Bergaduh Je Minta Putus
Naik muak dengan perangai pasangan macam ni. Nak sangat putus kan? Ha, korang bagi je apa yang dia nak. Hehe.
11. Ugut Nak Bunuh Diri
Ini lagi satu  masalah. Dah tak ada pedoman hidup ke sampai terfikir nak kelar tangan,  terjun bangunan, telan pil tidur dan sebagainya? Kalau memang tak ada  jodoh, kelarlah tangan sampai berdarah-darah pun tetap takkan bersama.
Kalau pasangan korang macam ni, tolong bawa dia pergi jumpa kaunselor dan berbincanglah dengan baik.
12. Sibuk Tentukan Hidup Korang
Rimas kan kalau  hidup kita sendiri ditentukan oleh orang lain? Sampaikan apa yang  korang nak makan, pakai baju apa, gaya rambut dan jenis kawan-kawan pun  dia yang pilihkan. Mak korang pun tak macam tu.
13. Kahwin Bukan Dalam Senarai Masa Depan Dia
Setiap kali  korang tanya soal kahwin, dia akan pura-pura tak dengar dan alih topik.  Senang cerita, perkataan ‘kahwin’ memang tak wujud pun dalam kamus hidup  dia.
So tanya balik  diri sendiri, apa kepentingan korang dalam hidup dia kalau dia tak ada  inisiatif untuk jadikan korang teman hidup yang halal? Fikirkan dan  buatlah keputusan yang bijak. Gitcheww! 

 
No comments:
Post a Comment