Pernah tak korang bangun pagi dan  hidup terasa kosong? Atau lebih tepat lagi, korang dah bosan asyik buat  benda yang sama setiap hari. Celik mata pergi kerja, balik rumah,  tidur, dan esok ulang celik mata.
Bak kata Bob  Marley, “life is too short to wake up in the morning with regrets.” Jadi  apa kata, pagi esok korang bangun tidur dan cuba 12 cabaran yang kami  cadangkan ni. Kami boleh jamin hidup korang lepas ni akan rasa lebih  tenang dan bermakna.
1. Ajak Crush Keluar Makan Malam
Sekali sekala  beranikan diri ajak seseorang yang korang dah lama minat tu keluar  makan. Kalau tak nak rasa awkward, korang siasat dulu dia pakar dalam  bidang apa.
Contohnya dia  pandai akaun, korang acah-acah minta tolong dia ajar macam mana nak  uruskan akaun business kecil-kecilan yang korang baru mula tu.
Tapi yang  paling penting sekali, pastikan diri korang nampak cantik untuk  temujanji pertama tu, okay? Sediakan senarai things-to-do yang boleh  korang lakukan untuk kekal berseri dalam masa 12 hari sebelum temujanji.  Tengok contoh kat bawah ni.
2. Pantang Gula 12 Hari
Salah satu cara  untuk kelihatan lebih kurus sebelum temujanji ialah dengan menjaga  makan dan berpantang dari mengambil gula. Cuba usahakan cabaran ini  dalam masa 12 hari dan lihat hasilnya.
3. Ikuti Amalan D’TOX Kaka, Hunny & Marsha
Perempuan  adalah golongan yang paling mementingkan kecantikan diri dalaman dan  luaran. Kadang-kadang susah nak pastikan kedua-dua kecantikan itu dijaga  dengan seimbang.
Seperti Kaka,  Hunny & Marsha, cara paling senang ialah dengan pati prun  InnerShine® 12 Days D’TOX™. Pati ini mampu menyingkirkan toksin dalam  badan dan mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Minum setiap malam  sebelum tidur, untuk dapatkan kesan yang lebih optimum!
Untuk  menjadikan cabaran ini lebih menarik, jangan lupa ambil gambar korang  selepas minum InnerShine® dan muat naik di Instagram selama 12 hari.  Mesti kawan-kawan pun teruja melihat perubahan korang yang semakin  berseri.
4. Impromptu Solo Trip
Kami rasa semua  orang patut cuba cabaran ini. Alangkah seronoknya hidup ini kalau  bangun tidur boleh terus pergi airport dan beli tiket kapal terbang ke  mana-mana sahaja destinasi yang korang suka.
Sekiranya tak  mampu ke luar negara, melancong dalam negara pun sudah memadai. Asalkan  korang dapat lari dari realiti sebentar dan tenangkan minda dengan aman  untuk beberapa hari.
5. Keluar Rumah Tanpa Makeup
Kalau perasan,  tak ramai perempuan yang berani keluar rumah dengan wajah bersih tanpa  sebarang solekan. Tapi tahukah korang bahawa lelaki sebenarnya lebih  suka gadis yang cantik semulajadi.
Jadi, jom cabar  diri tak sentuh makeup langsung selama 12 hari dan biarkan kulit wajah  anda bernafas segar. Dengan cara macam ni, secara tak langsung korang  pun boleh tingkatkan keyakinan diri.
6. Belikan Makanan Untuk Stranger
Apalah sangat  setakat belanja satu set makanan tengah hari atau makan malam untuk  individu yang duduk berseorangan sebelah meja korang. Mana tahu satu  hari nanti giliran korang pula dibelanjastranger. Hehe.
7. Buat Squat Dalam 12 Hari
Sebenarnya  ramai perempuan jealous dengan kecantikan punggung Kilafairy yang  melentik. Tapi setakat cemburu dan puji diam-diam je tak guna kalau kita  sendiri tak ada usaha nak dapatkan bentuk badan yang cantik macam tu.
Solusinya,  silalah rajinkan diri cari masa untuk bersenam dan lakukan squat dengan  gigih. Bila dah terbiasa buat selama 12 hari, teruskan lagi untuk  hari-hari seterusnya, mana tahu lepas tu punggung anda jadi macam Kim  Kardashian pula. Hehe.
8. Tahan Diri Dari Shopping
Haa kami pasti  ramai perempuan di luar sana kurang yakin dengan cabaran yang satu ni.  Bukan apa, perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan. Tapi tak  salah cabar diri sendiri kan? Kalau korang berjaya lakukan ini dalam  masa 12 bulan, korang memang terbaik.
9. Jadi Sukarelawan
Cari persatuan  atau pergerakan yang sedang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dan  sertailah mereka sekali sekala. Bukan sahaja korang dapat pahala, tapi  juga dapat melihat sisi lain kehidupan dari sudut yang berbeza. Ini  adalah cara terbaik untuk lebih menghargai kehidupan korang.
10. Telefon Adik/Kakak/Abang Dan Ucap I Love You
Tak ramai antara kita yang bersikap terbuka dalam meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap adik beradik.
Pedulikan apa  adik, abang atau kakak korang nak kata. Biar diorang fikir korang gila  atau buang tebiat asalkan korang sempat cakap I Love You pada diorang.  Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita atau mereka pada masa  akan datang.
11. Buat Perkara Yang Anda Takuti
Setiap orang  mesti ada beberapa ketakutan yang menghantui hidup dia. Contohnya macam  ular, takut masuk rumah hantu, atau takut pada ketinggian.
Tak kira apa  pun perkara yang paling korang geruni, sila cabar diri korang atasi  ketakutan itu. Percayalah, korang akan rasa bangga dengan diri sendiri  selepas itu.
12. Masuk Pertandingan Menyanyi
Suara korang  sedap bak buluh perindu? Tunggu apa lagi, tunjukkan bakat dengan masuk  pertandingan yang dianjurkan oleh InnerShine® ini.
Korang cuma  perlu menyanyi semula lagu InnerShine® Seri dengan gaya tersendiri dan  muat naik video tersebut di Facebook atau Instagram korang dan hashtag  #InnerShineSeri. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, layari  Facebook InnerShine Club.
Mudah kan?  Hadiah yang dijanjikan pun lumayan juga. Pemenang pertama akan memenangi  wang tunai berjumlah RM2,000, berserta produk dan peluang merakamkan  lagu bersama Hadi Hassan.
Pemenang tempat  kedua pula akan membawa pulang wang berjumlah RM1,500 dan produk.  Manakala pemenang tempat ketiga akan dihadiahkan wang bernilah RM1,000  dan produk. Jangan lupa cuba, okay! 


















 
No comments:
Post a Comment