Wednesday, 1 April 2015

Tahniah..!!! Baby Bump Anak Kembar Erin Malek Semakin Timbul.


Beberpa minggu yang lalu, khabar gembira tentang Erin Malek mula tersebar di internet. Malah hasil perkongsian foto imbasan kandungannya oleh ahli keluarga terdekat, Erin Malek disahkan mengandung anak kembar.

Kami cuba ushar-ushar sikit gambar terbaru Erin Malek dan hasilnya , Baby Bump dah kelihatan!! Baby Bump Anak Kembar!

Menerusi gambar terbaru hasil perkongsian Erin Malek di laman Instalgramnya, jelas kelihatan baby bump yang semakin membesar.

Walaupun usia kehamilan Erin mungkin di peringkat awal tapi merakamkan ucapan tahniah kepada Erin Malek yang bakal bergelar ibu di usia muda tak lama lagi.

Malah gambar Erin Malek ini turut mendapat perhatian para peminat yang perasan akan kecomelan baby bump tersebut.

Mungkin terlalu excited dengan kehamilan anak kembar Erin malek, kami cuba Youtube twins baby bump dan ini hasilnyya. Apa-apa pun tahniah Erin Malek






PADAN MUKA!! PADAH RAKAM VIDEO TERLAMPAU PERIBADI BAWAH SKIRT GADIS!!


Seorang pekerja binaan warga Malaysia dipenjara tiga minggu kerana mengambil video di bawah skirt seorang wanita di eskalator stesen MRT di sini.

Cheong Chap Mun, 38, yang bekerja di Singapura memasang perakam video di telefon bimbitnya dan meletakkannya secara menghadap ke arah atas, di dalam sebuah beg, yang diletakkan di antara kaki wanita berkenaan.

Insiden pada 1 Jun 2012 itu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan selepas 11 hari kejadian berlaku.

Ini berikutan seorang penumpang mendapati Cheong mengambil sekeping gambar bahagian atas badannya dengan menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah bas.

Wanita itu kemudiannya bersemuka dengan Cheong dan mendapatkan bantuan daripada pemandu bas. Pemandu tersebut kemudiannya memaklumkan kepada kakitangan perkhidmatan bas supaya menghubungi polis.

Mereka kemudiannya merampas telefon bimbit Cheong dan menemui video yang merakamkan bawah skirt wanita.

Timbalan Pendakwa Raya, Lin Yinbing pada Rabu berkata, terdapat risiko di mana video itu boleh disebarkan, yang akan mengaibkan mangsanya.

Cheong turut pernah disabitkan bersalah kerana memiliki sebuah filem lucah pada 2007.

Tiga pertuduhan lain diambil kira ketika menjatuhkan hukuman ke atas Cheong.

Cheong yang tidak diwakili peguam meminta supaya hukuman diringankan, dengan mengatakan bahawa dia menyedari kesalahan yang dilakukan dan akan memperbaiki kesilapan itu.

Tambahnya, dia akan berkahwin pada Mei depan dan perlu menjaga ibunya yang sudah tua.

Hakim, Crystal Ong berkata, beliau bersetuju dengan pihak pendakwaan.

Katanya, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun dan didenda di atas kesalahan menghina kehormatan wanita lapor The Straits Times.

Rakaman di bawah tiada kena-mengena dengan kes di atas.

\ 

PETUA PENJAGAAN PAYUDARA ANGGUN


PENJAGAAN PAYUDARA 
Payudara merupakan aset berharga kaum wanita.  Banyak perbezaan dari segi penjagaan ketika remaja, sesudah berkahwin dan selepas melahirkan.  Disamping menjaga pemakanan, pemeriksaan sendiri juga harus dilalukan untuk mengelakkan terjadinya sebarang masalah pada payu dara. Mari cuba praktikkan petua penjagaan ni.  In sya Allah.. Berhasil.. cubalah ea..

PETUA PENJAGAAN PAYUDARA 

1) Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit.   Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

2) Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara.  Elakkan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

3) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. 
Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada.   Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. 

4) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam.   Sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

5) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

6) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. In sya Allah mujarab.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Mesti Baca! Kisah Viral Gadis Bertudung Ini Mendapat 106 Share Di Facebook


Kalau hati dah berkenan, terus terang je...pastu hantar rombongan meminang... tak gitu..?





V
V
V
V
V
V

Inilah Sebabnya Awek Cun Mengamuk Sakan di Stesen Minyak Petron, Shah Alam DI DEDAH!

DEDAH!


LUAHAN HATI! Awek Cun Mengamuk Sakan di Stesen Minyak Petron, Shah Alam DI DEDAH!

Viral video sekumpulan wanita yang mengamuk di Shah Alam. Video dengan durasi 1:02 minit itu melihatkan perlanggaran antara 2 buah kereta iaitu Myvi dan juga Teksi...

Maklumbalas lain yang kami terima selepas itu melalui WhatsApp memaparkan pemandangan rakaman video lain dari pihak kumpulan wanita tersebut dan penjelasan lengkap tentang apa yang berlaku...

Menurutnya, Teksi tersebut telah melanggar kereta kumpulan wanita tersebut. Berlaku kekecohan seketika hingga terpaksa ditenangkan orang ramai...

Dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus...

Disebalik rakyat Malaysia berterusan mencemuh sekumpulan gadis malang tersebut ramai yang masih tidak tahu hakikat sebenar apa yang terjadi dengan kes "Amukkan Gadis Dengan Pemandu Teksi" inilah yang kami terima luahan terus menerus dari mangsa cemuhan itu sendiri bersama-sama kawannya...  bagi admin ini adalah penginayaan alam siber.. kebanyakkan netizen tu tahu hal sebenar.. mari kita telusuri sebentar

Luahan Hati Gadis Mangsa -



Mengamuk bukan kerana accident yang disengajakan oleh pemandu teksi tetapi setelah pemandu myvi ditumbuk oleh pemandu teksi...

Kereta myvi telah dilanggar dengan sengaja oleh pemandu teksi beberapa kali kerana marah tidak membenarkan myvi untuk memintas dihadapan teksi untuk masuk ke kawasan Petron Seksyen 7 Shah Alam walaupun setelah diberi signal dan isyarat tangan...

Pemandu teksi telah mengikut myvi masuk kedalam kawasan Petron,  dan bertindak untuk menghimpit dan menggesel myvi beberapa kali. Penumpang kereta myvi membuka tingkap dan bertanya 'pakcik ni kenapa saya dah bagi signal dan angkat tangan' lalu berlaku pertelingkahan dimana driver teksi cuba memasukkan tangan ke dalam myvi dan kata-kata kesat dikeluarkan oleh driver teksi tersebut...

Semasa pertelingkahan berlaku myvi cuba bergerak kehadapan untuk mengambil nombor plat teksi tetapi teksi telah bergerak kehadapan dan belakang serta menggesel myvi skali lagi. Penumpang myvi di belakang turun untuk mengambil gambar plat nombor teksi dan driver teksi turut serta turun dan meluru kebahagian pemandu teksi dan menumbuk muka pemandu myvi yg masih didalam kereta dan seorg lg penumpang myvi yg berada diluar kereta.

Di sinilah bermulanya pertelingkahan yg berlaku seperti di dalam video. Semasa video di rakam, seorang lagi penumpang yg sedang bercakap telephone juga ditumbuk dikepala oleh pemandu teksi. Pertelingkahan dileraikan oleh seorang lelaki yang menasihatkan untuk ke balai polis.  Kes kini sedang di siasat.

Laporan Polis Telah Di Buat :

Pasangan Couple Hingusan Seronok Dapat....Andai Ibubapa Mereka Tahu Apa Perasaan Mereka ???


Adakalanya kelakar tengok budak-budak baru up sekarang bercinta
update dalam wall entah bagai suami isteri padahal duit pun mak
bapak yang bagi...

Tak salah kalau nak bercinta tapi pastikan jangan tunjuk maksiat
anda pada orang lain dan jangan tunjukkan diri anda seorang
yang bodoh...

Baru-baru ini print sreecn pelajar perempuan berpeluk sakan
dengan pakwe tercinta dipantai menjadi viral kemudian apabila
si bapa perempuan tersebut dapat tahu teruk pelajar tersebut
dikerjakan....

Namun mereka mula menunding jari kepada rakan-rakan yang
sebarkan gambar tersebut padahal gambar tersebut mereka
sendiri yang upload bukan orang lain sama juga dengan situasi
di bawah ...

Bayangkan jika bapa perempuan ini tahu bagaimana agaknya iyer ???
apapun anda lihat sendiri status gadis ini !!!



SUMBER : hariandotcom.blogspot

DAYUS !!! Wanita mengandung enam minggu keguguran selepas ditendang suaminya sekuat hati


Kajang: Hanya kerana tidak membenarkan keretanya digunakan suami, seorang wanita yang mengandung enam minggu keguguran selepas ditendang suaminya sekuat hati....

Dalam kejadian jam 12.30 malam Khamis lalu, suspek dikatakan mahu menggunakan kenderaan milik isterinya sejurus mangsa pulang dari tempat kerja di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang gagal mendapatkan kunci kenderaan naik angin sebelum menampar, menumbuk dan menendang perut isterinya itu.

“Suspek yang tidak berpuas hati mengacukan pisau lalu mengambil wang tunai RM400 milik mangsa.

“Lelaki ini bertindak ganas apabila mengamuk dengan memecahkan telefon bimbit sebelum keluar rumah. Suspek turut memecahkan cermin bahagian hadapan kereta isterinya,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian itu suspek merosakkan pelbagai barangan di dalam rumah didiaminya.

“Mangsa yang bekerja di pusat kecantikan itu patah hidung akibat ditumbuk dan terdapat kesan lebam di badan dalam kejadian itu...

“Dia yang kesal dengan tindakan suaminya tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini, sebelum mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Ab Rashid berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.