Wednesday, 1 April 2015

5 Teori Mengaitkan KAZAR Berkemungkinan Adalah Amran Fans !!!

 Speechless! Itu respon pertama kami apabila melihat foto-foto yang dimuatnaik oleh pelakon, Kazar di laman Instagram miliknya. Mana tidaknya hampir kesemua foto yang dikongsi memaparkan wajah Jennifer Lopez.

Kami tak sangka selain berlakon, ‘Degawan’ turut mempunyai skill yang tinggi dalam photo editing. Melihat kepada foto dan kapsyen Kazar ini buat kami teringat akan Amran Fans. Adakah Kazar merupakan Amran Fans?
 Kalau korang perasan foto yang dimuat naik oleh Kazar ini memang terbaik editing nya. Ada foto yang sekali tengok dah macam foto original tanpa edit
 Persamaan lain antara Meran dan Kazar ialah kapsyen beliau yang cukup sarcastic untuk setiap foto yang dimuat naik.
 Rupanya foto yang Kazar edit tak terbatas hanya untuk Jennifer Lopez tapi kanak-kanak pun sama. Memang kelakar!..

 Jika Meran meminati selebriti tempatan seperti Haniz Zalikha dan Yana Samsudin, berbeza buat Kazar yang ‘taste’ dekat selebriti luar negara!
Kami terfikir banyak betul masa Kazar untuk edit foto-foto ni ye? Korang boleh tengok banyak lagi foto kelakar Kazar di Instagram nya. Sumpah lawak!

(4 FOTO) NORA DANIS AKUI PERNAH TERMAKAN PUJUK RAYU SEORANG JURUGAMBAR

Pelakon Nora Danish, membuat pendedahan yang dirinya pernah mempercayai dengan janji yang dibuat oleh jurugambar berkaitan dengan model penghias kulit majalah. 

Namun kepercayaannya nyata meleset apabila gambarnya yang dijanjikan untuk ‘edit’ tidak dibuat malah menampakkan sebahagian dadanya sewaktu ketika dahulu. 

Nora tampil berkongsi pengalaman ini susulan dengan kejadian yang menimpa selebriti tempatan yang menjadi mangsa fotografi. 


“Saya ingat dulu, pernah bergambar untuk sebuah syarikat penerbitan majalah, pada mulanya baju yang saya pakai itu nampak perut. 

“Tetapi saya rasa tidak selesa, maka jurugambar tersebut menyuruh saya menarik seluar ke atas supaya menutup bahagian perut itu, namun hasilnya baju yang saya pakai tidak cantik. 

“Ada satu lagi kejadian, saya pernah menjalani sesi fotografi, saya lihat gambar tersebut menampakkan sebahagian besar dada saya, 




“Mereka berjanji untuk edit gambar tersebut namun mereka tidak buat malah mempamerkannya tanpa merujuk kepada saya, saya amat kecewa ketika itu,” ujar Nora kepada portal Murai.com.my 

Dalam pada itu, Nora akui bergambar seksi untuk apa-apa majalah boleh mengundang persepsi negatif namun kadangkala ia berada di luar kawalan disebabkan tiada perbincangan hitam dan putih. 

“Untuk memastikan peristiwa pahit itu tidak berulang, saya minta mereka hantar kepada saya dahulu untuk dibuat rujukan sebelum dicetak dan diedarkan ke pasaran. 

“Apa yang berlaku kepada segelintir selebriti wanita itu saya rasa ada masalah komunikasi di situ yang menyebabkan mereka menjadi mangsa keadaan. 

“Jadi nasihat saya, sebelum nak jadi penghias mana-mana syarikat penerbitan tanya sehabis mungkin sebelum diri kita menjadi bahan eksprimen untuk mereka,” kata Nora mengakhiri bicara. 

5 BERADIK GEMBIRA BERKONGSI ISTERI

5 Beradik Gembira Berkongsi Isteri-Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

(gambar hiasan)
Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.”
Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”
Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.

Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami.

Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.
Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.”

Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.
Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliy andri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.”

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut.

“Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”

GST: PASARAYA MYDIN TIPU KENYATAAN 2 HARI LEPAS KATAKAN AKAN SERAP GST?

Resit yang dimuat naik pengguna pagi tadi.
Hari ini bermulalah era baru dalam ekonomi Malaysia dengan pelaksanaan GST yang begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia. Manakan tidak, kos sara hidup akhir-akhir ini meningkat dengan mendadak dengan kenaikan harga barangan keperluan, tempat tinggal dan juga kenderaan. Sebelum ini, semuanya dikatakan berpunca dengan kenaikan harga petrol dunia. Namun begitu, krisis ekonomi dunia yang terjadi baru-baru ini, telah menyebabkan harga pasaran minyak dunia merudum, namun boleh dikatakan tiada langsung harga barangan menurun. Akibat tekanan ekonomi dunia, kerajaan Malaysia yang sangat 'prihatin' dengan rakyat telah mengambil langkah pemulihan ekonomi negara dengan satu langkah yang dianggap mencabar bagi rakyat iaitu dengan melaksanakan GST.
Banyak iklan-iklan di TV mengatakan GST ini adalah baik untuk rakyat dan harga barangan akan menurun, namun begitu satu persatu barangan diumumkan naik harga, termasuklah kadar pengangkutan awam yang mengumumkan akan menaikkan juga kadar tambang mereka.
Dalam pada itu, pasaraya terkemuka Mydin telah membuat kenyataan mereka akan menyerap GST ini bagi tidak membebankan pelanggan mereka. Ini petikan 2 hari lepas:
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa peniaga mencontohi syarikat runcit besar Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). “GST sistem yang boleh claim cukai input 6 peratus. Kos niaga turun 6 peratus. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tidak. "Peniaga baik macam Mydin boleh serap GST 6 peratus itu!” tulisnya di Twitter. Beliau juga memuat naik gambar iklan Mydin yang menyebut bahawa mereka akan membayar kesemua enam peratus GST yang dikenakan kepada pembeli. Ia memuatkan slogan “gerenti semua MyMydin tanggung”, “harga tak naik” dan “6 peratus GST kami bayar”. Anggota Parlimen Pontian itu juga memuat naik beberapa status lagi bagi mewajarkan pelaksanaan GST bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula Rabu ini. Tindakannya itu dilihat sebagai kempen di saat-saat akhir menjelang dua hari lagi GST diperkenal, lebih-lebih lagi ketika pelbagai pihak terus menyatakan bantahan mereka terhadap cukai itu.Namun begitu, pagi ini pengguna di pasaraya Mydin dikejutkan dengan resit yang tertera cas GST di dalam resit belian mereka. Apakah kenyataan sebelum ini hanya sandiwara atau ada penjelasan disebalik kejadian ini. Menerusi komen pengguna di laman Facebook, ada yang membuat penjelasan begini:


Menurut komen seorang pengguna Facebook, "Pada apa yg sy paham, harga padlock tu memang RM11.90, sblm 1 Apr 2015 lg memang dh harga dia RM11.90..so skrg kerajaan dah kenakan GST 6% so pihak Mydin harus meletakkan detail dlm resit. So, dlm resit utk tdk mengenakan caj kpd pembeli Mydin telah menurunkan harga brg dr Rm11.90 kpd RM11.23 dan setelah dicampur GST harga menjadi kpd asal semula RM11.90. kalau Mydin caj GST kpd pembeli harga barang RM11.90 campur dgn GST 6% harga PADLOCK td jd RM12.60. Paham tak? kalau tgk blk kat tanda harga PADLOCK tu mesti harga dia bertanda RM11.90 kan? so maknanya Mydin memang x caj GST laa..", menurut beliau.
Adakah ini betul? Namun begitu, pihak OMG! masih tertanya, sebelum ini kerajaan ada mengatakan cukai barangan SST sebanyak 10% telah dikenakan ke atas barangan dan kini digantikan dengan GST sebanyak 6%. Jadi, kalau mengikut perkiraan matematik mudah, harga barangan memang sepatutnya turun. Jadi, apakah sebenarnya yang terjadi? 

(3 FOTO) AJAK SHIRO MENYESAL KERANA GURAUAN TAK BERTEMPAT DENGAN ANAK KECILNYA!!

Sesetengah individu memang mempunyai minat atau hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para artis yang juga merupakan manusia biasa. Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping gambar yang dimuatkan pelawak Ajak Shiro dalam instagram miliknya.

Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular sawa.

Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kepadanya. Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran bermain dengan ular.






#instaFrame#YourMoments masa mak dia mengandugkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor. Ini penangan anak baba hehehe...Bangga baba ada anak gagah gini..(Tengah tido bolehlah).

Ajak sendiri pasti sudah berfikir habis untuk berbuat begini dan tidak mungkin akan cuba mendedahkan anaknya kepada bahaya walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut. Tepuk dada tanya selera sebab semua selera masing-masing tak sama bukan? 

PELAKON WANITA POPULAR BERGELAR DATIN BERUSIA 28 TAHUN AKHIRNYA TERKANTOI


Pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi pelancongan akhirnya terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia adalah tiruan.

Tidak cukup dengan itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu.

Kakitangan wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga RM6,000.

“Mangsa pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu membawanya pulang,” katanya.


Selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan sebelum ini.
“Tetapi pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6000.

“Mangsa berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,” katanya.

Mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur.


“Mangsa kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin menguruskannya sendiri,” ujarnya lagi.

AL-FATIHAH: DATO JALALUDDIN HASSAN REBAH DI TANAH PERKUBURAN


Kuala Lumpur – Biarpun sukar menerima kenyataan namun pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan redha dengan pemergian abang keduanya yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 pagi Isnin. 

Jalaluddin bagaimanapun berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menghabiskan masa terakhir bersama Allahyarham ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Afzan, Kuantan Pahang akibat serangan jantung.
“Arwah mendapat serang jantung pada Sabtu lalu ketika berada di Kemaman, Terengganu dan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke hospital di Kuantan pagi semalam (Ahad).

“Sebaik sahaja mendapat khabar itu saya dan adik-beradik lain bergegas ke sana dan Alhamdulillah kami berada di sisinya pada saat-saat akhir hayatnya dan beliau pergi dengan tenang dan aman,” katanya kepada mStar Online.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Turut hadir memberikan penghormatan kepada arwah adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selain ahli keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa menziarahi Allahyarham di kediamannya di Ampang Jaya.

Fuad, 62, diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutup sempena Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu 11.15 malam Sabtu lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Mariam Bahari, sepuluh cahaya mata dan enam orang cucu.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, Fuad adalah seorang yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan arwah sentiasa memastikan mereka adik-beradik akan berkumpul dan meluangkan masa bagi merapatkan silaturahim.

Malah Jalaluddin turut menyifatkan Allahyarham sebagai pendengar setia sekiranya ada dikalangan mereka mempunyai sebarang masalah atau ingin berbincang mengenai sesuatu perkara.

“Allahyarham bukan sahaja seorang abang tetapi beliau juga adalah sahabat baik saya malah hubungan kami memang akrab sejak kecil dan kami tidak pernah berpisah.

“Malah selepas berkahwin kami tinggal berjiran sehingga ke hari ini dan kehilangannya amat meninggalkan kesan dan tiada lagi tempat saya mengadu masalah namun saya redha dengan ketentuan Allah,” katanya.

Jalaluddin berkata, Fuad pernah berpesan kepadanya supaya memastikan ikatan mereka adik-beradik sentiasa kuat dan meminta beliau menjaga keluarganya yang lain.

“Itu adalah kata-kata yang sering dia pesan kepada saya dan Insya Allah amanat itu akan saya pegang,” ujarnya.

Mengenai pembabitan Jalaluddin sebagai sebagai juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), beliau hanya menjawab ringkas: “Saya belum pasti sama ada akan hadir atau tidak pada Jumaat ini.”

Sementara itu, abang sulung kepada Fuad yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau sempat mengadakan ceramah bersama adiknya itu kira-kira dua minggu lalu selepas dijemput untuk memberikan ucapan berhubung isu keselamatan kepada deligasi dan wartawan dari luar negara.

Jelas Musa, itu adalah kali terakhir mereka bekerjasama dan menyifatkan adiknya itu sebagai seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya dan mempunyai hubungan rapat dengan semua ahli keluarga.

Sebelum dilantik sebagai ketua pengarah Jasa, bekas lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang selama dua penggal. Bagaimanapun pada Pilihan Raya Umum 1999, Allahyarham tewas di tangan Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali.

Anak ingat pesan ayah
Ampang: “Belajarlah rajin-rajin, kerja mesti kuat...berdikari sendiri, jangan malas dan bergantung kepada orang lain,” demikian sebaris kata nasihat yang dititipkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Allahyarham Datuk Fuad Hassan kepada semua zuriatnya semasa hayatnya.

Bagi anak sulungnya, Muhammad Farid, kata-kata itu tersemat kemas dalam ingatannya sepanjang hayat serta menjadi pembakar semangat meneruskan hidup terutama untuk mengambil alih tugas bapanya sebagai ketua keluarga.
“Setiap kali kami berjumpa, abah selalu pesan: Farid, kena kerja kuat dengan usaha sendiri dan jangan bergantung pada abah lagi.
“Bila teringat semula kata-kata abah itu, ia betul-betul buat saya tersentuh.
“Sekarang abah dah takda, saya akan ikut apa yang baik ditinggalkan arwah, malah tugas saya sebagai anak sulung juga semakin sukar kerana walaupun ada adik-beradik yang sudah berkahwin tanggungjawab tetap pada saya selain menjaga ibu,” katanya selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Taman Bukit Permai 2 di sini, semalam yang turut dihadiri kira-kira 700 sanak saudara dan kenalan rapat memberi penghormatan terakhir.
Fuad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12.20 tengah malam semalam, selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang awal pagi kelmarin kerana tidak sedarkan diri akibat diserang sakit jantung ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 11.15 malam, Sabtu lalu.
Allahyarham yang meninggalkan dua balu dan 10 anak berusia antara empat hingga 35 tahun itu selamat disemadikan pada jam 12.15 tengah hari dengan majlis talkin diketuai adik bongsunya Prof Madya Datuk Dr Abdul Rauf manakala sebelum itu solat jenazah diimamkan bapa mereka yang juga tokoh pengajian al-Quran Tan Sri Hassan Azhari.
Terdahulu, pada jam 9 pagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk membaca tahlil ringkas bersama keluarga dan kenalan di kediaman Allahyarham di Ampang Jaya di sini.
Turut kelihatan hadir memberikan penghormatan terakhir ialah abang Allahyarham Tan Sri Musa yang juga bekas ketua polis negara, adiknya pelakon Datuk Jalaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Sementara itu, Musa yang sempat berborak dengan arwah adiknya itu menerusi panggilan telefon dua hari lalu, menyifatkan kemesraan Allahyarham menjadi pengikat ukhuwah antara mereka adik-beradik.
Bagi Ahmad Shabery pula, pemergian Fuad kehilangan besar bukan saja kerana jasa dan kepemimpinan Allahyarham dalam kementeriannya malah sebagai seorang sahabat baiknya.
“Arwah seorang yang berjiwa besar, setiap yang dilakukan mesti dia buat dengan bersungguh-sungguh.
“Dia juga adalah idola saya sejak zaman universiti lagi. Kami pernah sama-sama terbabit dalam Persatuan Pelajar Islam Kebangsaan di mana arwah sebagai presiden dan saya pula bendahari persatuan itu.

“Pada hari kejadian, saya perasan muka arwah pucat, tetapi dia masih sempat aktif menyertai beberapa aktiviti,” katanya.

Sementara itu, Najib dalam catatan di laman Twitternya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Fuad di atas kembalinya arwah ke rahmatullah.