Adakah  korang salah satu pekerja yang tengah tunggu masa untuk menghantar  surat berhenti kerja kepada majikan? Kebiasaannya bila mendengar berita  mahu berhenti kerja, kita selalu menganggap seseorang pekerja itu  ataupun majikan tersebut bermasalah.
Tapi, marilah  kita memandang dari sudut yang positif. Tak semua keputusan berhenti  kerja dibuat kerana korang tertekan atau mempunyai perselisihan faham  dengan majikan, betul tak?
Walau apapun  sebabnya, meh kita tengok tanda-tanda yang korang sebenarnya memang dah  tanam niat untuk berhenti dan buat perkara-perkara di bawah ni tanpa  sedar.
1. Kurang Buat Kerja
Serba pemalas. Nak pergi pantry pun korang tak kuasa nak bangun dari tempat duduk.
2. Dah Pandai Masuk Lambat, Balik Awal
Selamba je kan? Mentang-mentang dah nak berhenti.
3. Pergi Lunch 3 Jam
4. Celik Mata Dan Tak Ada Semangat Nak Pergi Kerja
Selalu rasa  macam ni? Maknanya, bolehlah cari kerja lain sebab korang memang dah tak  ada semangat nak teruskan kerja yang sekarang ini.
5. Malas Nak Bersiap Kemas-Kemas Ke Pejabat
Kalau awal-awal  kerja dulu, gigih gosok baju kerja setiap malam sebelum tidur. Tapi  sekarang, habiskan masa setengah jam fikir nak pakai baju apa. Dah bosan  letteww!
6. Rasa Plastik Dengan Rakan Sekerja
7. Tak Endah Cakap Bos
Apa pun yang dia cakap dah tak masuk dalam fikiran korang. Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
8. Kerap Ambil MC
Kebiasaannya  bukan sebab sakit betul pun. Tapi sebab korang rasa tekanan di pejabat  tak dapat dibendung lagi dan apa yang korang perlukan hanyalah tidur  sepanjang hari.
9. Simpan AL Untuk Tolak Notis
Sesetengah  majikan menetapkan korang perlu hantar notis 3 bulan sebelum berhenti.  Wow, lamanya! Perkara terbaik ialah kumpulkan cuti tahunan (Annual  Leave) dan tolaklah seberapa banyak cuti yang boleh ditolak. Bolehlah  keluar dari office tu cepat sikit.
10. Tak Sudi Terima Counteroffer
11. Mula Benci Hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis & Jumaat
Dan hari yang paling ditunggu-tunggu ialah Sabtu dan Ahad sahaja.
Jadi, jika  korang ada terpalit beberapa ciri kat atas ni, sila fikirkan semula  kehendak korang untuk terus bekerja atau berhenti sahaja. Mana tahu  rezeki korang ada di tempat lain pula. Kadang-kadang kita kena berani  cari peluang baru untuk jadikan hidup kita lebih bermakna.
\















 
No comments:
Post a Comment