Monday, 30 March 2015

VIDEO Pasangan berusia 23 dan 25 tahun KANTOI SEDANG PROJEK

ALOR SETAR - Sepasang kekasih sanggup duduk berhimpit di dalam sebuah bilik sempit yang turut memuatkan sebuah motosikal di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, semata-mata mahu mengelak dikesan oleh pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat.
Pasangan yang berusia 23 dan 25 tahun itu sanggup datang dari Pendang dengan menunggang motosikal untuk bermadu kasih sebelum perbuatan mereka itu dibongkar oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan mengejut di rumah tumpangan berkenaan pada jam 1 pagi, semalam.
Lelaki itu pada mulanya memberikan alasan menyewa bilik itu bersama dengan 'tunangnya'. Namun, hasil soal siasat mendapati, mereka berdua tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah dan alasan yang diberikan hanya untuk mengelakkan diri ditangkap oleh pihak JAIK.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, anggota penguatkuasa melakukan serbuan berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum mengetuk pintu sebuah bilik dan dibuka oleh seorang lelaki berpakaian lengkap.

Seorang wanita turut ditemui di dalam bilik tersebut dan masih berpakaian lengkap serta dalam keadaan ketakutan.

No comments:

Post a Comment