Tuesday, 17 February 2015

Kafir tak berani angkat muka jika melayu bersatu.


Kafir tak berani angkat muka jika melayu bersatu.

Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?

Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?

Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.

Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.

Tetapi, siapakah yang menjadi dalang menolak perpaduan dan juga kerjasama diantara Umno dan PAS? Malangnya, dalang tersebut merupakan dari kalangan bangsa melayu sendiri yang tak mahu melihat ukhwah Islam dikalangan Bani Melayu.

Seperti kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), setelah Fadzil Noor dan Nik Aziz meninggal dunia, ia membuka ruang untuk menyatukan melayu/Islam didalam negara. Kenapa Nik Aziz dan Fadzil Noor? Kenapa bukan Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang? Ia kerana kedua-dua arwah itulah yang paling lantang menentang penyatuan Umno dan PAS.

Anwar bukanlah pemimpin PAS.., dan Lim Kit Siang pula hanya seorang kafir yang mengepalai parti chauvinist DAP. Mereka ini sudah lama menggunakan beberapa pemimpin tua didalam PAS untuk tujuan menghancurkan Umno demi kuasa serta kepentingan peribadi. Kini Anwar berada didalam penjara.., Kit Siang berada di hujung usia.., dan dalang didalam PAS sudah kembali menemui Penciptanya.

Maka tiada alasan lagi untuk umat melayu didalam negara menolak untuk bersatu didalam satu barisan untuk memimpin negara ini bersama-sama. Hadi Awang sendiri diketahui merupakan penyokong usaha kerajaan perpaduan, dan Najib adalah seorang pemimpin yang mahu bangsa melayu kuat. Ini masanya yang paling tepat untuk Umno dan PAS bergabung! - Utaranews.com



Jep Sepahtu Didakwa Mengamuk, Maki Hamun - Harian Metro


(function(){ var ref = ""; var cachebuster=Math.round(Math.random() * 100000); try { if (window.top === window.self) { ref = window.location.href; } else if (window.top === parent || ref === "") { ref = document.referrer; } } catch (ignore) { } document.write(''); })();
Jep Sepahtu Didakwa Mengamuk, Maki Hamun - Harian Metro

Pelawak Jep Sepahtu dikatakan mengamuk setelah tewas di pentas Maharaja Lawak Mega baru-baru ini.

Ini berlaku sewaktu pengumuman dibuat yang yang mana kumpulan Zero telah memenangi MLM2014. Jep kemudian didakwa mengamuk di belakang pentas.

Memang agak mengejutkan berita ini yang dilaporkan oleh di surat khabar ruangan Cik Pang, Harian Metro.

Baca berita penuh di bawah:

Baca Juga:
Peminat VIRUS Serang Fazura (BACA SINI)

(Klik Gambar Untuk BesarkanLaporan HarianMetro

P/s: Macam tak percaya je Jep mengamuk. Entah-entah ada anasir nak jatuhkan Jep. Nanti tunggu penjelasan dari Jep.


GEMPAR!! WANITA JALAN BOGEL DARI MASJID NEGARA HINGGA KE KAMPUNG ATTAP


GEMPAR!! WANITA JALAN BOGEL DARI MASJID NEGARA HINGGA KE KAMPUNG ATTAP

Banyak cerita yang timbul daripada tindakan wanita tersebut. Antaranya ada yang mendakwa ia ekoran bantahannya terhadap keputusan mahkamah mengenai kes pemimping parti pembangkang.
Namun begitu, menerusi laporan myMetro hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, wanita terbabit dipercayai adalah pelacur berdasarkan siasatan yang dilakukan pihaknya.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu, sebelum video dan gambar wanita terbabit mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp hingga menimbulkan pelbagai kritikan. Wanita berkenaan dikesan berjalan dalam keadaan bogel bermula dari Masjid Negara hingga ke Kampung Attap.
WANITA JALAN BOGEL DARI MASJID NEGARA HINGGA KE KAMPUNG ATTAP
“Ketika berjalan, wanita itu dilapor menanggalkan pakaiannya satu persatu untuk menarik perhatian pelanggan sehinggalah dia berbogel sepenuhnya,” katanya dipetik sumber tersebut.

copy paste dari blog ammboi... terima kasih bro



Saifuddin Nasution antara calon pilihan PKR di Permatang Pauh.


Saifuddin Nasution antara calon pilihan PKR di Permatang Pauh.

Selepas Yusmadi dan juga Dr Afif, seorang lagi calon dari PKR didedahkan untuk bertanding di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Calon ini dikatakan menjadi pilihan ramai kerana dikatakan petah bercakap dan berjiwa orang kampung.

Calon ini juga dikatakan mmpu berdebat dengan penuh dedikasi dan berfakta didalam Parlimen untuk menaikkan imej Pakatan Pembangkang.

Siapa calon tersebut? Tak lain tak bukan ialah Pengarah Pilihanraya Pusat, Saifuddin Nasution. Menurut sumber, Saifuddin dikatakan sangat diperlukan didalam Parlimen bagi mematahkan hujah pemimpin Umno/BN.

Persoalannya, mahukah PKR di Permatang Pauh menerima Saifuddin sebagai pemimpin mereka? Yang lebih penting.., adakah pengundi di Permatang Pauh mahu menerima Saifuddin?

PAS pula takkan berdiam diri jika Saifuddin dicalonkan kerana PAS sendiri telah menuntut kerusi berkenaan walaupun Mat Sabu tidak sependapat dengan kehendak akar umbi PAS di kawasan Parlimen hak milik "Anwar & Co tersebut.

Dan apakah cadangan Saifuddin sebagai calon di Permatang Pauh dilakukan bagi memastikan Azmin menjadi Ketua Pembangkang yang baru? - Utaranews.com



Elly Mazlein sahkan hamil anak pertama






Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, yang kini disahkan hamil anak pertamanya.




Menurut Elly, dia kini sedang hamil enam minggu dan belum mengenal pasti lagi jantina anak sulungnya itu.


"Alhamdulillah akak hamil. 'Gestational age' satu bulan dua minggu. Doakan akak ya.


"Jantina anak memang belum boleh tahu lagi. Tapi akak tidak kisah jika dikurniakan anak lelaki atau perempuan. Asal sahaja anak dalam kandungan sihat dan selamat," ujarnya seperti dipetik daripada Media Hiburan.


Selain itu, Elly turut berkongsi gambar imbasan yang dilakukan oleh doktor untuk mengesahkan kehamilannya.



Sumber Foto: Ammboi



Elly Mazlein mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Azmi Hatta yang juga merupakan seorang pengarah drama, pada 9 November tahun lalu.


PANAS !! Foto Juliana Evans & Kaka Azraff


PANAS !! Foto Juliana Evans & Kaka Azraff


BUKAN sahaja kaum lelaki, malahan si gadis juga terbeliak biji mata jika melihat foto Juliana Evans dan Kaka Azraff ni.


Menurut sumber-sumber, foto ini merupakan hasil photoshoot kedua-dua mereka untuk sebuah majalah fesyen edisi Februari.


 


Mereka berdua sangat hot, seriously buatkan kami menitik air liur.



Macam mana dengan foto ni pula? Looks sexay kan?




Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Cederakan Diri Sendiri?


Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Cederakan Diri Sendiri? 


RALAT: Kami memohon maaf di atas penggunaan tajuk yang salah dalam artikel Amylea sebelum ini. Kesilapan tersebut amat dikesali dan sama sekali di luar jangkaan.*Di dalam artikel ini, Amylea tidak pernah menyebut dia hampir bunuh diri kerana merasakan dirinya hodoh


 



Sifat rendah diri yang melampau bukan satu perkara yang boleh diambil ringan sebenarnya kerana jika ianya sangat mempengaruhi keputusan yang dibuat dalam hidup seseorang, adakalanya ia boleh mendatangkan mudarat kepada empunya badan.


Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Amylea AF Azizan mengakui yang beliau memang mempunyai sifat rasa rendah diri yang melampau dan tidak yakin dengan penampilan dirinya dan hampir berputus asa untuk terus berada dalam industri hiburan.


Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Membunuh Diri?

Kerana Rasa Diri Hodoh, Amylea AF Hampir Membunuh Diri?


“Sejak dari dulu lagi saya memang mempunyai rasa rendah diri yang melampau. Saya cederakan diri sendiri sebab mengikutkan emosi tetapi semuanya kembali pulih selepas menyertai AF. Namun ia sedikit demi sedikit kembali menghantui saya selepas habis pertandingan tersebut”


“Saya memang rasa kecewa dengan penerimaan umum yang asyik mempertikaikan penampilan dan rupa saya. Tetapi mereka kata mereka tahu kebolehan dan bakat yang saya miliki. Kadangkala fikir tak tahu sampai bila senario begini akan habis,” ujarnya kepada portal Murai.


Namun dengan niat untuk kembali mewarnai dunia hiburan, Amylea AF telah mengubah penampilan beliau sejajar dengan imej muzik yang ingin diketengahkan nanti dan melalui akaun Instagram beliau, kami boleh lihat penyanyi ini kini semakin anggun bergaya.


Sumber : Rotikaya



Anwar diliwat nyamuk didalam penjara.


Anwar diliwat nyamuk didalam penjara.

Tidak syak lagi, ini semua mesti kerja Umno dan Rosmah! Selepas hantu raya yang dikatakan diupah untuk bunuh Anwar didalam penjara, sekarang ni beratus-ratus nyamuk pula menyerang manusia anugerah Tuhan tu dalam penjara.

Menurut Wan Azizah, terdapat banyak kesan gigitan nyamuk dibadan Anwar. Dan Wan Azizah juga kata Anwar trauma dengan serangan beratus-ratus nyamuk tersebut. Patutlah Anwar sudah kurus walaupun hanya baru 3 hari didalam penjara. Rupanya darah Anwar disedut oleh nyamuk!

Kalau perkara ini dibiarkan, mesti badan Anwar hanya akan tinggal tulang saja bulan depan. Itupun kalau Anwar mampu bertahan dengan serangan beratus-ratus nyamuk tersebut. Jika tidak, habislah riwayat manusia Anugerah Tuhan tersebut di hujung muncung nyamuk.

Sebelum ini, Anwar tetap bertahan walaupun dicucuk dengan arsenik serta HIV didalam penjara. Anwar juga mampu bertahan walaupun lebam mata dan sakit pinggang akibat jatuh dari kuda. Jadi diharap Anwar mampu bertahan dengan nyamuk juga.

Kisah Anwar dengan Nyamuk ini lebih kurang sama dengan cerita Namrud. Kita sangat berharap agar Anwar tidak mati akibat nyamuk sepertimana pengakhiran kisah Namrud yang takbur serta amat bongkak dahulu. - Utaranews.com




Liga Juara-Juara: PSG ikat Chelsea 1-1, Bayern seri tanpa jaringan


Liga Juara-Juara: PSG ikat Chelsea 1-1, Bayern seri tanpa jaringan


PARIS: Penyerang Edinson Cavani memberikan Paris Saint-Germain talian hayat dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi apabila menyumbat gol penyamaan ketika kelabnya berhempas pulas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Chelsea bagi saingan 16 terakhir.


Terdahulu pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic meletakkan pelawat di depan pada minit ke-36 perlawanan peringkat pertama itu hasil tandukan, kelibat Cavani pula melegakan peminat tuan rumah juga dengan tandukan pada minit ke-54.


“Keputusan ini tidak memihak kepada kami tapi saya ingin kekalkan semangat yang ditunjukkan oleh anak buah saya.


“Memang perlawanan ini seperti yang kami inginkan kecuali gol yang kami lepaskan. Tapi kita perlu ambil sikap yang amat positif hasil daripada perlawanan ini,” kata jurulatih PSG, Laurent Blanc.


Blanc mengharapkan prestasi cemerlang daripada penyerang Zlatan Ibrahimovic tetapi ternyata Cavani lebih menyerlah dan tampak berupaya menjaringkan lebih banyak gol.


Ketika perlawanan berbaki 10 minit, dia meluru ke dalam kotak penalti dan merembat tetapi sedikit tersasar.


Penjaga gawang, Thibaut Courtois yang menjadi pilihan apabila diturunkan berbanding Petr Cech berjaya mengawal mulut gol pelawat daripada terus dibolosi.


“Chelsea amat bernasib baik kerana mempunyai dua penjaga gol di tahap tertinggi. Selain ketinggian, dia amat pantas terutama di atas padang. Dia berjaya melayangkan badan untuk menyelamatkan bola dengan cepat,” kata Blanc.


Dia menafikan percubaan cantik Cavani pada babak separuh masa pertama dan menyekat empat lagi percubaan bagi memberikan sedikit kelegaan kepada Chelsea bagi perlawanan peringkat kedua pada 11 Mac ini.


Sehubungan itu, pembimbing Chelsea, Jose Mourinho menyifatkan prestasi Courtois sebagai “luar biasa” dan mengakui anak buahnya bernasib baik kerana mencatat keputusan seri.


“Separuh masa kedua adalah milik mereka. Mereka nampak menuju kekalahan, mereka terus mengasak kami. Jika anda cipta peluang dan ditambah dengan prestasi penjaga gol, kami perlu jujur dan akui mereka boleh dapat lebih gol,” kata Mourinho.


PSG tersingkir pada saingan suku akhir berdasarkan gol di tempat lawan kepada Chelsea musim lalu apabila menang peringkat pertama dengan 3-1 dan kalah 2-0 dalam peringkat kedua.


Sementara itu, satu lagi perlawanan dalam 16 terakhir menyaksikan Bayern Munich yang bermain 10 orang hanya seri tanpa jaringan ketika bertemu Shakhtar Donetsk di Lviv, Ukraine. – AP




Tok Sami ni bela Hantu Raya agaknya..


Tok Sami ni bela Hantu Raya agaknya..

Betul-betul tak masuk akal. Betul ke mumia boleh bermeditasi.. Meditasi adalah sebuah proses pendisplinan holistik dan ia dilakukan tanpa kesedaran.  Wow..macam mayat hidup plak kan..

Penemuan satu mumia (mayb seorang sami) dalam posisi ‘bunga teratai’ (lotus positition) menimbulkan tanda tanya dan kegemparan. Ye la, dalam keadaan terduduk.. Macam yoga tue..Selain itu, pakar Buddha mendakwa ia masih bernyawa dan belum mati namun sedang berada dalam fasa meditasi.

Macam-macam cerita timbul. Tak tahu la kebenaran mana yang betul. Naik pening kepala ni fikir.. Lepas tu, tup tup ada cerita plak dimana  ada pihak lain plak yang cuba menjual jasad tersebut di pasaran gelap di wilayah Songinokhairkhan, Mongolia.

Memang banyak pihak berminat dengan mumia berkenan. Gara-gara itu, pihak polis mengambil keputusan untuk menyimpan jasad sami terbabit di sebuah pusat forensik di Ulaaanbaatar.Saintis kini sedang melakukan bedah siasat terhadap jasad yang dianggarkan berusia 200 tahun itu.

Orang zaman sekarang ni memang suka khazanah-khazanah lama.. Berharga kot!! Apapun, korang tak perlu la percaya mayat mumia masih hidup.. Khurafat yer.. Yang mati, tetap mati. Kita yang hidup ni kena teruskan perjuangan. Tak gitu? ~~MiraAzhar/UtaraNews.com



AS kecam pencabulan gencatan senjata di timur Ukraine


WASHINGTON, 18 Februari: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyalahkan kumpulan pemisah dan tentera Russia kerana mencabul gencatan senjata yang memasuki hari ketiga di timur Ukraine, lapor AFP. Sehubungan itu, beliau memberi amaran pencabulan itu hanya akan meningkatkan lagi masalah dan kesulitan kepada Russia. Biden mengecam keras pencabulan gencatan senjata oleh kumpulan pemisah yang […]


The post AS kecam pencabulan gencatan senjata di timur Ukraine appeared first on The Rakyat Post BM Version.



SERAM !! Air Terjun Bawah Laut Di Kepulauan Lautan Hindi (6 Gambar)


SERAM !! Air Terjun Bawah Laut Di Kepulauan Lautan Hindi (6 Gambar)



Mauritius adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi kira-kira 2,000 kilometer (1,200 batu) di lepas pantai tenggara benua Afrika.

Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab pada 975 Masehi, kemudian oleh Portugis antara 1507 dan 1513. Sejak itu setelah tempoh penggantian dan penjajahan antara Perancis, Belanda dan Inggeris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di hujung Barat pulau, anda akan menemui sebuah ilusi yang menarik. Bila dilihat dari atas, larian pasir dan endapan lumpur mencipta ilusi 'air terjun bawah laut'. Pandangan satelit (seperti terlihat pada screenshot Google Maps) sama-sama dramatik, pusaran air kelihatan muncul di pantai syurga tropika ini.










PAKAIAN COSPLAY YANG KREATIF DAN REALISTIK (15 GAMBAR)


PAKAIAN COSPLAY YANG KREATIF DAN REALISTIK (15 GAMBAR)

PAKAIAN COSPLAY YANG KREATIF DAN REALISTIK (15 GAMBAR) | Kalau kami tak gemuk pastinya kami berminat nak bercosplay. As of now kami hanya boleh cosplay sebagai Majin Buu, Baburs, Yazirobel dan Jabba. Not good. Di bawah ialah beberapa contoh cosplay yang awesome. 





Jururawat ini hilang pekerjaan gara gara gambar dan video yang disebar oleh abang tirinya [9 Gambar dan Video]


Jururawat ini hilang pekerjaan gara gara gambar dan video yang disebar oleh abang tirinya [9 Gambar dan Video]

 Gadis ini kehilangan pekerjaannya kerana telah dikhianati oleh abang tirinya sendiri setelah dia enggan melakukan perbuatan terkutuk itu bersama abang tirinya lagi. Akibat daripada itu, abang tirinya telah menyebarkan gambar dan video beliau yang tidak berpakaian. 9 gambar dan video ini telah dimuat naik ke laman sosial bertujuan untuk memalukan beliau. 








GULING PRESIDEN : Raja Petra Dedah Taktik Jahat Bang Non!!!




Umumnya kita mengetahui gerakan oleh PASMa untuk menggulingkan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang. Namun pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin, pengendali blog Malaysia Today lebih mengejutkan.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan merancang untuk memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi menerajui parti itu selepas muktamar Jun ini.

Pengendali laman tersebut, Raja Petra mendakwa, tindakan itu dilakukan kerana Abdul Hadi tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan mahkamah terhadapnya.

Menurut beliau, Anwar memerlukan sokongan Pas untuk menggerakkan Reformasi 2.0 atau demonstrasi jalanan seperti yang pernah dimulakannya pada 1998.

“Tanpa Pas, Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak berupaya menggerakkan penunjuk perasaan seperti yang dilakukannya pada 1998 yang mana sebahagian besar daripada peserta demonstrasi merupakan penyokong Pas,” katanya dalam entri bertajuk Will Anwar’s Strategy Work? di laman blog beliau (http://www.malaysia-today.net).

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan terakhirnya berhubung kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Raja Petra turut mengaitkan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dengan usaha membantu Anwar menjalankan gerakan menyingkirkan Abdul Hadi.


Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 yang dijadualkan berlangsung Jun ini bakal menjadi penentu sama ada Abdul Hadi kekal sebagai Presiden parti itu atau sebaliknya.

“Sekiranya mereka berjaya menyingkirkan Abdul Hadi, gerakan Reformasi 2.0 mungkin dapat dilaksanakan.

“Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap beliau mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi,” jelasnya.

Selain sokongan Pas, Raja Petra menambah, gerakan Reformasi 2.0 juga bergantung kepada sokongan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dari segi pembiayaan kewangan.

“Namun, ada khabar angin mengatakan Mohamed Azmin belum mengesahkan kesediaannya untuk membiayai gerakan Reformasi 2.0.

“Oleh kerana itu, Anwar masih belum memberi restu terhadap cadangan melantik Mohamed Azmin sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” ujarnya.

Menurut beliau, jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada pemimpin pembangkang yang lain sekiranya Mohamed Azmin enggan menyalurkan peruntukan kewangan untuk gerakan tersebut. (SUMBER)


Siapa Menantu Pilihan ?? Alim Atau Akademik Yang Jadi Pilihan ??


Siapa Menantu Pilihan ?? Alim Atau Akademik Yang Jadi Pilihan ??


Pada suatu hari ada seorang menantu yg kurang pelajaran sekolah..beliau hanya sekolah sehingga darjah 6 ja..tetapi tinggi ilmu agama dan kuat imannya..beliau berkahwin dengan isterinya baru 2 bulan..satu hari keluarga mentuanya berkumpul setelah lama tk kumpul bersama .menantu yg pertama adalah seorng doktor..beliau adalah menantu kedua..kerja kampung je..jd mak mentua dia amat memandang hina pada lelaki ini..dgn niat yg jahat mak mentua ni mengajak menantu2 nya ini ke bandar..bersama suaminya....

apabila kereta bergerak ibunya ternampak itik angsa mengejar budak dengan bunyi yg ckup kuat..lalu ibunya bertanya kepada menantu pertama..wahai menantu kesayanganku..kenapa suara angsa begitu kuat..lalu menantu pertama menjawab mengikut kajian saintis..lehernya panjang..dia boleh simpan byk udara..sebb tu bunyi dia kuat..ibunya tersenyum gmbira dgn kebijaksanaan menantunya..lalu ibunya dgn nada ksar menanyakan pada menentu kedua..apa jawapan kau..llaki itu mnjawb ni semua kuasa allah mak..maknya trus menjawab tu lah jawapan kau..mcm tk sekolah!!!

kemudian sambil menuju keluar kampung maknya ternampak itik berenang..lalu dgn nada lembut bertanya pada mntu pertama..knapa itik bolh terapung nak..menantu yg pertama mnjawab mengikut kajian sainstifik bulu itik dpt mengumpul udara di celah2 nya..sebb tu dia dpt apungkan bdnnya..lalu tnya pada mntu kdua soalan yg sama..jwbnya kuasa allah mak..dgn muka tension mak dia trus ckp menyampah!setelah hampir sampai kebandar..maknya ternampak orng tua sdang mnunggu bas..sambil memakai kopiah..apabila di buka kopiah tu rambutnya botak tgh..lalu ditanya pada yg pertama..mengapa pakcik tu rambut dia botak tengah?..menantu yg pertama mnjawab mengikut kajian sainstis pakcik tu selalu pakai kopiah jd kepalanya jarang kena pancaran matahari..sbb tu sel rambut mati..mak dia trus ckp ko dgr tu..orng yg belajar tinggi..jawapannya semua lengkap..ko bila dtnya jawapan nya semua kuasa allah..bodoh!!!

setelah sampai ke bandar dan selesai urusan semua mereka pon pulang..setelah sampai mereka makan bersama.apabila di meja makan maknya menceritakan semuka pada bini2 menantunya..dia berkata menantu mak yg pertama mmg bijak yg kedua tk blh pakai....

menantu yg kedua terus bersuara mak..jawapan yg biras sy bg td semua tk betul..maknya dgn muka marah brkata alah depan bini nk tunjuk pandai..kalau ko pandai apa jawapnnya....

lalu lelaki ituu mnjawab ni semua kuasa allah mak..mak dgr apa yg sy nk trangkan ni..jawapan pertama td..sbb apa angsa suara kuat pasal leher panjangkan?cuba mak dengar suara katak selepas hujan sekampung dengar..lansung tkde leher katak tu..yg kedua itik blu bykkn...sebb tu boleh terapung kt air itu jawapan mentu kesayangan makkn?abis tu feri kt laut tkde bulu pon knapa boleh terapung.?yg ke3 rambut pakcik td tk tumbuh sebb selalu pakai kopiahkan..jd tk kna pancaran matahari..sebb tu sel matikn?abis mak hari2 pakai spenda..siap pakai kain lg kt luar..knapa bulu tumbuh jgk?..maknya trus menundukkn muka dan terdiam..menantunya berkata ni semua kuasa allah..allah maha segalanya..kita ni tk bijak mana pon..jd jgn riak sgt kita ni hamba allah kuasa allah jgn dipertikai..trus maknya menangis dan meminta maaaf pada menantunya itu.....



Kisah Suami Tengking Isteri Dengan Panggilan Gemuk Di Sebuah Pasaraya Menjadi Viral!


Kisah Suami Tengking Isteri Dengan Panggilan Gemuk Di Sebuah Pasaraya Menjadi Viral!

 


Menerusi sumber kejadian yang disaksikan oleh Sarie Tanjung di Pasaraya Billion, Port Dickson ini membuatkan ramai Netizen khususnya para wanita meluahkan perasaan tidak berpuas hati dan marah terhadap suami berkenaan…..




Kisah Suami Tengking Isteri Dengan Panggilan Gemuk Di Sebuah Pasaraya Menjadi Viral!

Kisah Suami Tengking Isteri Dengan Panggilan Gemuk Di Sebuah Pasaraya Menjadi Viral!





Bayangkan si isteri terkontang-kantang membeli barang keperluan sambil mendukung anak kecil, sang suami boleh pulak ambil endah tak endah….


Paling mengecewakan apabila mendengar sang suami mengutuk bentuk badan si isteri dan sanggup meluahkan kekesalan berkahwin dengan wanita yang selama ini sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat buatnya….


Haihh… Kesian si isteri, sudahlah penat menguruskan rumah dan anak, sang suami langsung tidak menghargai….


Apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat pasangan suami isteri yang lain agar lebih menghargai pasangan anda. ….


Oi GEMOK..KO JANGAN PANGGIL AKU SAYANG..SAYANG KAT SINI YA..GELI AKU…KALAU AKU TAHU KO GEMOK MACAM INI, LEPAS KAHWIN DENGAN AKU..MEMANG AKU TAK KAHWIN DENGAN ENGKAU. MENYUSAHKAN AKU…


Kadang-kadang keegoan lelaki menyebabkan suami selalu menganggap diri mereka sempurna, lebih-lebih lagi isteri tidak boleh bersuara langsung kerana kuasa ada ditangan suami, isteri mesti akur dengan semua arahan suami. ….


Secara senyap suami telah deritai dan mendera batin isterinya. Wanita lebih-lebih lagi seorang isteri adalah teman yang perlu di kasihi, disayangi dan selalu dibelai manja. Kejayaan suami ada kaitan rapat dengan pengorbanan isteri. Pengorbanan itulah perlu dihargai……


Bahagiaku bukan kerana memiliki segalanya,

Tapi kerana bersyukur dengan apa yang ada…

Bahagiaku bukan kerana emas permata,

Tapi kerana punya cinta dan kasih sayang yang Terjaga…

Bahagiaku bukan kerana aku sempurna,

Tapi kerana aku belajar menjadi yang Terbaik apa yang aku bisa…

Sungguh kita tak kan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala karunia-NYA…

Ya Allah… atas rasa syukur ini karuniakanlah kami kebahagiaan untuk selamanya di dunia & akhirat…..


Aamiin Ya Rabbal’Aalamiin.


Sumber : mynewshub.cc





Sumber : http://maelhensem.blogspot.com/



VIDEO: Reaksi Buruh Kanak-Kanak Kali Pertama Makan McD


VIDEO: Reaksi Buruh Kanak-Kanak Kali Pertama Makan McD

PELAKON India, Varun Pruthi menghasilkan satu video realiti yang merakam reaksi buruh kanak-kanak apabila dibawa menikmati hidangan di restoran makanan segera McDonalds buat kali pertama.

Walaupun tak dapat sembunyi keseronokan, ternyata kemiskinan telah mengajar kanak-kanak itu erti tanggungjawab apabila memberitahu, dia mahu membawa pulang sedikit makanan tersebut untuk adiknya di rumah.

Dia menyatakan terpaksa bekerja menjaja barangan di kali lima kerana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya sudah tiada.

Ditanya mengapa tidak ke sekolah walaupun mampu menyebut beberapa perkataan Inggeris dengan baik, kanak-kanak itu menjawab, “Jika saya ke sekolah macam mana saya nak cari duit untuk makan?”

Ini bermakna, kanak-kanak sepertinya bukanlah mahu bekerja susah-susah begitu tetapi desakan hidup membuatkan mereka terpaksa mengerah keringat yang tak seberapa demi keluarga.

Justeru di akhir video Varun menitipkan pesanan:

“Sebelum menghakimi buruh kanak-kanak ini sedangkan anda duduk di atas kerusi selesa, bolehkah anda jawab soalannya ‘jika saya ke sekolah, macam mana saya nak cari duit untuk makan?””

Dianggarkan terdapat kira-kira 60 juta buruh kanak-kanak di India.

Kami mohon anda sebarkan video ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut

Sumber mynewshub.cc

Lihat Video di Bawah ini





Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Mahram


Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Mahram

 


Kerajaan negeri akan mencari kaedah terbaik bagi menangani perbuatan individu membonceng motosikal dengan penunggang  bukan mahram, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof.


Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Mahram

Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Mahram


Beliau berkata langkah bersesuain perlu diambil bagi mencegah perbuatan itu.


“Setakat ini penguatkuasaan yang dijalankan belum menyeluruh dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat di hadapan Plaza Padang Negara di sini Selasa.


Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dan Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie.


Bernama sebelum ini melaporkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan meningkatkan penguatkuasaan khusus terhadap golongan remaja yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam termasuk mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram.


Sementara itu Muhammad Pehimi berkata seorang pesara kerajaan berusia 61 tahun merupakan mangsa pertama di Terengganu yang meninggal dunia akibat demam denggi setakat ini tahun ini.


Beliau berkata mangsa meninggal Ahad lalu.


Dia dikatakan mendapat demam denggi selepas pulang dari rumah saudaranya di Kuantan, Pahang sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Khamis minggu lalu.


 

Dua kes kematian akibat demam denggi dilapor di Terengganu tahun lepas.


Sumber : Mstar



8 Gambar Terkini Adik Fasha Sandha Semakin Cantik


8 Gambar Terkini Adik Fasha Sandha Semakin Cantik

(function(){ var ref = ""; var cachebuster=Math.round(Math.random() * 100000); try { if (window.top === window.self) { ref = window.location.href; } else if (window.top === parent || ref === "") { ref = document.referrer; } } catch (ignore) { } document.write(''); })();
8 Gambar Terkini Adik Fasha Sandha Semakin Cantik
Fasha Sandha mempunyai seorang adik perempuan yang amat comel dan sedang meningkat remaja.

Namanya ialah Elisya Sandha. Elisya Sandha sememangnya berbakat seperti kakaknya dan juga telah menceburi bidang hiburan dengan beberapa rakaman lagu dan juga menjadi penari.

Jom lihat gambar terkini Elisya Sandha adik Fasha Sandha:

(Klik Gambar Untuk Besarkan)









innity_pub = "c91e3483cf4f90057d02aa492d2b25b1"; innity_zone = "45517"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY";



Seniman gesa SKMM ketat penguatkuasaan


KUALA LUMPUR, 18 Februari: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memperkuat Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mengawal penulisan tidak beretika di media sosial. Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melihat situasi terkini melibatkan artis tanah air yang menjadi mangsa fitnah penulisan dalam media sosial terutamanya blog. Katanya, akta […]


The post Seniman gesa SKMM ketat penguatkuasaan appeared first on The Rakyat Post BM Version.



Biodata Nonny Nadirah │ Noni AF5


Biodata Profil Nonny Nadirah │ Noni AF5
Nama penuh Noni AF5: Nonny Nadirah Binti Zainuddin
Tarikh lahir: 21 Julai 1989
Umur Noni AF5: 26 tahun (2015)
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Bangsa: Sino-Native
Tinggi: 158 cm
Berat: 53 kg
Hobi: Menyanyi, Menari & Mendengar Muzik
Penyanyi Idola: Shakira

Ikuti perkembangan Nonny Nadirah │ Noni AF5 di laman sosial:
Twitter Nonny Nadirah: https://twitter.com/nonnynadirah
Website / blog Nonny Nadirah: http://nonnynadirah.blogspot.com/

Senarai drama, telemovie dan filem lakonan Nonny Nadirah │ Noni AF5:
Istikharah Cinta, Bibik, Kau & Aku, Pria, Gaia Papaku Rock, Cafe Akhil Hayy, Band Orang Buta, Aduhai Jiranku

Gambar Nonny Nadirah │ Noni AF5
 Biodata Nonny Nadirah Noni AF5, profile, biografi Nonny Nadirah Noni AF5, Noni Akademi Fantasia musim kelima, profil dan latar belakang Nonny Nadirah Noni AF5 pelakon drama Istikharah Cinta, gambar Nonny Nadirah Noni AF5, filem, drama lakonan Nonny Nadirah, facebook, twitter, instagram Nonny Nadirah Noni AF5, biodata artis terkenal Malaysia, Indonesia & Singapura

Nonny Nadirah atau lebih dikenali sebagai Noni AF5 merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim 5. Drama Istikharah Cinta yang baru sahaja tamat bulan Februari ni menampilkan Nonny Nadirah │ Noni AF5 sebagai watak utama, Aiza. Orangnya memang cantik!  Berbakat dalam nyanyian dan bidang lakonan, moga Nonny Nadirah │ Noni AF5 sukses dalam dunia hiburan Malaysia.


Nak tahu biodata artis terkenal Malaysia, Indonesia & Singapura? Jom baca:



Sirul Mungkin Bongkar Kes Pembunuhan Altantuya Kepada Media Australia


Sirul Mungkin Bongkar Kes Pembunuhan Altantuya Kepada Media Australia



Urusniaga ‘ubat seks’ di laman sosial lumpuh


KUALA TERENGGANU, 18 Februari: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merampas ubat tidak berdaftar dan dicemari racun berjadual dalam dua serbuan berasingan bernilai kira-kira RM112,000. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar berkata rampasan pertama melibatkan sejumlah 50 jenis ubat-ubatan dan barangan kosmetik bernilai kira-kira RM100,000 yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dicemari racun […]


The post Urusniaga ‘ubat seks’ di laman sosial lumpuh appeared first on The Rakyat Post BM Version.



Raja Ema Berambut Blonde Untuk Tampil Awet Muda


Raja Ema Berambut Blonde Untuk Tampil Awet Muda




Baru baru ini, Raja Ema tampil dengan imej baru iaitu berambut blonde bersempena dengan pelancaran koleksi pakaian tidurnya. Perubahan ini menyebabkan ramai yang mengkritik hebat terutama di laman sosial. 






Zaman sekarang ini, ramai artis yang berhijrah berhijab tetapi lain pula bagi Raja Ema.  Namun menurut Raja Ema, imejnya ini adalah untuk tampil awet muda sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Kata Raja Ema:-

Memang ramai yang kritik saya apabila melihat gambar saya berambut perang di laman sosial Instagram dan Facebook. Sehinggakan ada yang kata saya dah tua, jadi tak perlu nak tampil dengan imej sebegitu.Bukan saya tak sedar dengan apa yang saya buat tetapi ia hanya untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun saya sebenarnya memakai rambut palsu. Apa pun terpulanglah kepada kepada mereka, saya juga bukan manusia sempurna.Ia juga sebagai satu strategi untuk menarik perhatian pelanggan. Sebelum ini ramai yang tanya apa rahsia kecantikan dan awet muda saya. Bukan saya hendak mengajar mereka berambut perang, cuma ini cara saya. Dan mereka, boleh jadikan saya inspirasi dengan menggunakan cara mereka sendiri.
Apapun, rambut blonde ini dilihat kurang sesuai dengan usia dan status sebagai ibu. Apa komen anda?