Sunday, 30 November 2014

Lagi Kes Wanita Bertudung Dihentam, Netizens Membayangkan Gadis Bertudung Suka Tayang Buah Dada

awek tudung bogel
Wanita Melayu memang cantik bila bertudung kerana menutup aurat adalah salah satu daripada tuntutan agama Islam terutamanya pada golongan wanita. Apa yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan wanita zaman sekarang yang memakai tudung cukup hebat dikritik? Inilah akibat daripada pengaruh yang dibawa oleh budaya barat yang mana kita ikuti tanpa mengetahui halal haram.
awek tudung tayang tetek
Cuba kita lihat hari ini, pelbagai jenis fesyen tudung telah dihasilkan. Adakah tudung yang dihasilkan tersebut menepati syariat Islam? Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah yang menutup aurat sepenuhnya, tidak terlalu singkat dan ketat sehingga begitu jelas menampakkan susuk tubuh si pemakainya.
Tudung Tapi Bogel6
Secara tidak sedar, pemakaian tudung masa kini telah ditelanjangkan oleh mereka yang memang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukannya. Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam? Adakah fesyen bertudung masa kini adalah semata-mata untuk menyahut seruan agama ataupun kerana mengikuti trend terkini?
Tudung Tapi Bogel
Artikel  ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran dan iktibar dalam mendidik khususnya golongan wanita zaman ini yang kebanyakannya bertudung tapi ‘bogel’.
Tudung Tapi Bogel
Kebarangkalian untuk mereka terlupa adalah sangat mustahil kerana mereka tahu, cuma buat-buat tidak tahu. Ketahuilah wahai sekelian sahabat, jika seorang wanita itu membuat maksiat atau tidak menutup auratnya dengan sempurna, mereka turut mengheret puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti.
Mereka-mereka yang dimaksudkan ialah :
  • Ayahnya
  • Suaminya
  • Saudara-saudara lelakinya
  • Anak lelakinya
Awek Tudung Tapi Bogel
Apa-apa pun, kesedaran bagi setiap wanita Islam, menutup aurat ini bagus. Lagi pun ianya tuntutan dalam Islam untuk memelihara kesucian dan kehormatan golongan wanita itu sendiri. Fikir-fikirlah sendiri.

Saturday, 29 November 2014

Netizens Hentam Teruk Kumpulan Shiro Pada Persembahan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) Dan Membayangkan Lawak Membodohkan Orang


Minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) menampilkan tema Retro. Tapi, entah kenapa hampir kesemua persembahan kurang menyengat. Korang rasa tak apa yang kami rasa?

Yang paling kami hampa, bila kumpulan yang dijangka menampilkan persembahan terbaik, tak berjaya membuatkan kami gelak terbahak-bahak.

Juri pun macam serius je berikan komen. Semua setuju bahawa tema kali ini agak berat. Tapi, kalau korang perasan, persembahan Shiro betul-betul mencuri perhatian.

Bukan kerana kelakar, tapi sesetengah peminat beranggapan kumpulan Shiro memperlekehkan pasukan bolasepak negara. Aik, apa sudah jadi?

Bila kami intai laman Facebook rasmi MLM2014, ada yang bersetuju dengan juri bahawa bola sepak merupakan perkara sensitif. Iyalah, isu bola kan tengan ‘panas’ sekarang ni.

Namun, dari sudut lain, sebenarnya persembahan Shiro telah mengembalikan nostalgia pemain bola sepak negara yang mungkin kita sendiri sudah terlupa akan kewujudan mereka.

Tapi, pendapat masing-masing kan? Ada juga peminat yang tetap merasa terhibur dengan persembahan dua sahabat ini. Apapun, jom kita recap balik persembahan sebentar tadi dengan foto-foto menarik.




Friday, 28 November 2014

Artis Terkenal Disuruh Basuh Kereta Oleh Peminat ?


Program 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah hiburan popular URTV yang diadakan pada Sabtu lalu. 

Ramai selebriti popuar yang hadir antara nya Pelakon Jelita Miera Leyana dan Aktor Kacak Keith Foo.

Apa yang menjadi tumpuan seorang peminat wanita baru baru ini berbesar hati untuk ‘mengupah’ Keith Foo sebanyak RM400 kerana mahukan pelakon itu membasuh keretanya. 

Keith Foo turut meluahkan rasa terkejut apabila ada peminat sanggup keluarkan duit sebanyak itu untuk menjayakan program amal ini. 


 

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah) 2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” 3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat 4) Terjaga dari fitnah kejahatan (ujian) Dajjal

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)

Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.

Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia

2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)

4) Terjaga dari fitnah Dajjal

Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”

Membaca Surah Kahfi Bila Bertemu Dajjal
Diriwayatkan hadith dari Ma’dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.’ Hadith Muslim, Kitab Solat]

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Maka sesiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Video Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 3 Full Online

Video Tonton Maharaja Lawak Mega MLM 2014 Minggu 3 secara full online. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 kini sudah berada di minggu ketiga pada Jumaat 28 November 2014 bertempat di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam. Siaran secara live turut disiarkan secara langsung bermula pada pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Warna (132) dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134). Untuk info, tema yang akan dipersembahkan oleh 13 peserta MLM 2014 pada minggu ke 3 adalah bertemakan Retro Kilauan Emas. Terdahulu, Astro telah membuat kejutan apabila mengumumkan tiada kumpulan atau peserta tersingkir pada gelanggang MLM 2014 minggu kedua.

Video Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 3 Full Online
Nota: Video penuh Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 3 akan dikemaskini sebaik sahaja rancangan bermula.





Filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ Memperlekehkan Melayu - Ahmad Idham Memberi Sindiran Pedas ?

Kali ini kami bukan nak cerita mengenai hubungan si cantik manis Budi Citawan dengan Remy Ishak tau. Sebenarnya kami tergamam sendiri apabila melihat screenshot yang dihantar kepada kami ini.

Mana tak terkejut, anak kepada pelakon veteran Wan Hanafi Su ini menempelak seorang pengarah terkemuka weh. Siapa lagi kalau bukan Ahmad Idham.

Difahamkan, Ahmad Idham telah memberikan komen yang boleh dikatakan ‘pedas’ terhadap filem terbaru lakonan Wan Hanafi Su. Jadi, selaku anak, mestilah terasa kan?

Kalau korang nak tahu, Ahmad Idham siap mempersoalkan konspirasi apa yang sedang berlaku hingga filem yang memperlekehkan orang Melayu lepas untuk ditayangkan.

Lalu, Budi pun terpanggil untuk menjawab kata-kata tersebut. Nak tahu apa yang Budi rasa? Nah, baca ni :

Fuh! Sebenarnya, kedua-dua pihak pun kami respect kerana masing-masing merupakan orang penting dalam industri. Tapi, mungkin pandangan mereka saja yang berbeza.

Kami pun belum berkesempatan untuk menonton filem ‘Lelaki Harapan Dunia’ ini lagi. Jadi, apa kata kita tonton dulu trailer ini. Selamat menonton!






Thursday, 20 November 2014

Cuba 12 Tips Ini Yang Terbukti Membuatkan Anda Tampil Hebat Dalam Gambar Seperti Selebriti

Mesti anda pernah ambil gambar lebih daripada satu pose kerana tidak puas hati dengan rupa diri sendiri dalam gambar. Lepas ni, tak perlu risau sebab Wanista kongsikan 12 tips dan trik yang boleh dilakukan agar tampil hebat dalam gambar.
1. Cuba bedak asas yang lebih nipis
Penting untuk kulitmu nampak flawless dalam gambar tetapi kamu tak mahu ia nampak seperti sekeping tanah liat yang dah keras. Cosmo ingat lagi tips seorang jurusolek yang enggan letak bedak pada model kerana ingin kulit nampak bercahaya dalam gambar, and it worked! Kamu boleh pilih formula yang beri litupan yang diperlukan tetapi tidak ‘menopengkan’ kulitmu.
AISHWARYA RAI
2. Gariskan atas dan dalam
Untuk mata yang menonjol di dalam gambar, gariskan juga pada garis dalam mata. Ia buat renungan lebih menikam dan bulu mata nampak lebih penuh.
3. Maskara tebal
Ia buat mata lebih bundar dan memberi fokus kepadanya; tanpanya kamu tenggelam. Satu cara agar maskara mengena hampir pada pangkal bulu mata ialah menutup mata atau memandang ke bawa semasa berus maskara diletakkan pada bulu mata. Ia akan menyalut bulu mata dari pangkal ke hujung.
4. Kontur wajah dengan berus untuk dimensi
Serlahkan bahagian wajah yang cantik dan ‘sorok’ yang kurang menarik. Dengan berus, layangkan bronzer matte sepanjang garis rambut, sisi dahi, bawah tulang pipi dan rahang untuk buat wajah nampak tajam.
KENING
5. Kening
Kening yang menyerlah member struktur kepada mata dah wajahmu. Isikan dengan pensel atau pembayang, atau maskara kening untuk buat ia nampak lebih penuh dan panjang.
6. Lembapkan bibir untuk kilauan sihat
Dalam gambar apapun, kamu harus pastikan bibir lembap supaya tak nampak kering merekah dalam gambar. Tak kiralah kamu guna lip balm atau glos, cuba buat bibir nampak mungil. Jika lebih sukakan gincu matte, oleskan tipis balmpada seluruh bibir supaya tak nampak kering. Bibir yang lembap buat kamu nampak lebih muda.
jlo
7. Senyum, tapi jangan lebar sangat
Jangan senyum lebih-lebih sebab ia mengecilkan mata dan buat kedutan sisi mata menyerlah. Berlatih senyum di depan cermin dan pilih senyuman yang paling kamu suka supaya kamu boleh senyum begitu bila ambil gambar.
8. Elak tengahari
Jika nak bergambar di luar, waktu pagi sebelum matahari tegak akan beri efek cahaya biru dan takkan beri bayangan pada wajah. Elak tengahari ke pukul 4 petang ketika dahimu akan nampak cerah, bawah matamu berbayang. Kalau nak ambil juga, pastikan kamu guna flash. Petang-petang ke arah senja ketika cahaya yang memancar wajahmu lebih kelam dan keemasan adalah waktu terbaik.
Beautiful brunete model in long black dress standing on the beac
9. Ambil kesempatan hari mendung
Cuaca mendung beri kamu cahaya lembut yang takkan menyerlahkan garis-garis di wajah. Kalau tak mendung pun, cari tempat yang redup.
10. Latar belakang putih
Ini satu lagi cara buat wajahmu cerah. Ia member kamu sumber kecerahan yang akan hapuskan bayangan pada wajah serta latar belakang putih buat gambar lebih tajam. Ketika selfie, tinggikan kamera selari dengan dahimu dan condongkan sedikit ke bawah untuk sisi terbaik. Jika terlalu bawah, kamu akan focus pada leher dan dagu.
11. Tangan siapa paling panjang?
Jika ambil group selfie, biar orang yang paling tinggi pegang kamera kerana tangannya lebih panjang, memastikan tiada kepala yang kena crop.
12. Filter it
Sekarang kan banyak apps yang boleh kamu guna untuk ‘cantikkan’ gambar. Salah satunya adalah soft focus, ia beri efek dreamy disamarai cahaya. Pilih yang itu.

SUMBER